Thursday, June 19, 2014

Uhibbuki fillah!!

Assalamualaikum.

Harini dalam serba salah juga. Hmmm..
Terpaksa berterus terang dekat anak anak murid tersayang yang ustazah gelabah diorang ni last mengajar isnin depan.
Hmmmmm.

Dah tak pernah terfikir yang reaksi mereka adalah kecewa. Dan ada yang menangis. Huhuhu. Sedih pulak tau hati kita ni.

Tiga bulan, bukanlah tempoh yang lama tapi mungkin cara kita layan diorang, diorang suka. Hihi.

Alhamdulillah. Satu pengalaman yang paling tak pernah terfikir akan lalui. Siapa nak percaya manusia paling clumsy ni boleh emm ye la kan. Taknak cakap la. Hahaha.

Anak anak murid kita nangis sebab kita tinggal kurang empat kali kelas je lagi.
Terima kasih tau sudi terima kekurangan ustazah. Terima kasih tak kedekut ilmu bagitau enam dalam jawi camane. Hihi. Maaflah sebab tak sempurna nak jadi ustazah yang baik. Selalu je gelabah, selalu je jerit jerit. Belum kira yang salah eja dan tertinggal huruf jawi. Maaf tau. Tapi suka, Allah bagi peluang diri yang serba kurang ini untuk belajar dan mengajar. Kita sama sama rebut pahala kan. Sayang semua. Betapa Allah tunjuk jalan untuk dekatkan diri pada Dia. Dalam dengar anak anak murid hafaz surah al takasur, ustazah pun sama betulkan bacaan. Nanti rindu. Betapa besar pengaruh kalian didik diri ni sabar, dan tenang walaupun kelas dah kucar kacir macam perang paintball. Habis je kerja berterabur lari nak main pop. Dari rotan handsome dah jadi lunyai ketuk ketuk punya pasal. Nasib dapat ustazah perangai budak budak suka gula gula, umpan je gegula dah senyap semua. Hahaha. Eiiiiiiii. Walaupun tak lama, tetap paling manis, rasa sangat disayangi. Sayangnya Allah pada kita kan sebab bagi kita rasa tu. Alhamdulillah.
Hmmmm. Takpe, kita jauh pun tetap ada dekat, dekat dihati dan dalam doa ustazah. :) Moga semua jadi anak yang soleh dan solehah. Berbakti pada agama dan bangsa. Moga kita boleh jumpa semula disana yaa. Amin.  Sayang semua Lillah.

Saturday, June 7, 2014

That eyes.

Sobahul khair.

Assalamualaikum wbt.
Hi. Dah lama tak berblogging.
Malas. Banyak kata, banyak idea tapi leceh.
Hihihihi.

Haritu cuba godek godek (tak cuba tapi memang niat pun) snap gambar (biarlah bercampur bahasa) dan gambar ni terhasil.

I LOVE the original version. Really love it, really. Ohhmy so something! Full of emotion! Hihihi.

I saw ME in my eyes.
I saw everything that she've been through.
I saw strong person that I never ever known.
I saw a girl that try to stand by herself.
I saw her try hard to ignores what hurts.
I saw something that I never know I have it.
I saw ME. Yeah, thats me. Thats girl.
I never know that I this tough.
And I'm proud of myself.
Alhamdulillah.

Allah knows best in me.
:)
Thank you Allah.

Tiada daya upayaku tanpa izinMu.

Semakin hari semakin memahami, apa yang dikata dengan penerimaan.

"Penerimaan manusia tidak penting, KEREDHAAN Allah adalah lebih bererti dalam kehidupan sementara ini."

Dah alergik bila orang nak perli perli sebab kita tak sms, tak layan, buat tak tahu, cakap cakap. Hmphhhh. Tak kisah la. Malas. Banyak benda kita nak buat. Maaf lah kalau terasa atau apa apa, kita fokus pada apa yang penting. Tak kisah suka atau tak, Allah tahu niat kita. kita jaga halal haram, baik betul, amal makruf nahi mungkar dan eratkan ukhwah Lillahita'ala.

Allahu Musta'an. Biiznillah.