Friday, May 22, 2015

hmmm.

mana mungkin kan kita boleh puaskan hati semua orang :(

dia tidak di situasi kita dan kita pun takkan tahu apa dalam keadaan dia.

dan penolong terbaik adalah Allah. Segala pengharapan wajarlah hanya pada Dia untuk memahami setiap kesulitan kita.

sejujurnya, kali ini iman pastilah pada tahap paling menjunam. paling sebu dan paling rapuh.
manusia hanya tahu menghukum tanpa menyelami setiap langkah perjalanan kita yang ternyatanya sukar.
sukar.

Allahu :(

kecewa saya pada seseorang. kecewa juga pada diri yang tak mampu beri yang terbaik.

jalan tarbiyyah tak pernah kering. akan selalu dibasahi airmata penyesalan dan kesusahan.

betapa sukar jalan kita, cuma Dia yang ada.



Thursday, May 14, 2015

Mungkin Allah mahu temukan kita dengan cara yang lebih indah :)

Alhamdulillah dengan setiap kesempatan.
:)

Hari ini perasaan saya bercampur bau, tak perlu pun saya nyatakan tapi banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, khususnya bagi diri saya sendiri. :)

terdetik di hati saya dengan tajuk tu. tersenyum sendiri dan bahagia rasanya. tahu kenapa?

Allah pisahkan kita dengan mereka mereka yang tinggalkan kita, yang kita tinggalkan, yang terjauh dan yang tak punya sebab kita berhubungan ada punya SATU sebab paling hebat. tahu?

Mungkin Allah mahu temukan kita dengan cara yang paling indah :) 
MasyaAllah. 
Dan satu satunya yang saya fikir adalah Syurga! :')

Hebatnya Syuga itu tak mampu kita bayangkan, dan andai kita bayangkan pun ianya lebih dari itu.
Subhanallah.

Dan tak punya satu sebab pun untuk kita sedih sedih dan kecewa kecewa kerana jauhnya jarak kita didunia kerana kita punya tempat yang lebih kekal dan abadi selama lamanya. Syurga! *jerit

MasyaAllah, serta merta perasaan yang-orang-tak-mungkin-fahami-dan-mengerti hilang langsung terus timbul semangat untuk kuat dan tekad bawa mereka semua sama sama ke sana.

Dan awak, kita doakan awak jugak! :)

Saya selalu cakap dekat adik adik usrah saya,
 "jum la sama sama kita kuat,nanti kita boleh la makan roti john sama sama dekat Syurga sana" *nangis

Perancangan Allah hebat bukan?

Januari lepas, saya tak pernah yakin untuk bawa satu usrah. dan berkali kali saya putus asa. sehinggakan buat saya mahu tinggalkan tarbiyyah. Astagfirullahalazim. Moga Allah maafkan saya atas niat itu. tapi tapi tapi, Allah Maha Kasih, sekerap mana pun saya putus asa, Allah lintaskan harapan yang menggunung, Allah beri saya tenang dan Allah bantu saya selesaikan kecelaruan fikiran yang saya tak mampu tangani tanpa usrah! hebat bukan? subhanallah. Alhamdulillah.

Beban yang saya fikir pada permulaan adalah jambatan buat saya terus tsabat pada jalan Allah. jujur, malu saya pada diri sendiri, mahu Syurga tapi tidak mahu berkorban. tamak saya pada dunia, yang nampak senang tapi tak punya tenang. Allahuakbar. Allah Maha Besar.

Ar Rahman, Ar Rahim.
walauku jatuh berkali kali tetap Engkau sambutku dengan bantal yang paling nyaman.

Maka nikmat mana yang mahu engkau dustakan?
(Ar Rahman)

dan mungkin Allah mahu saya rasai dengan cara yang lebih indah kan?
*senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm

doakan saya dan in shaa Allah doa saya bersama kalian!

Qawiy Lillah!


nfhza,
pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.