Tuesday, August 26, 2014

rezeki.

Salam Alaik.

Alhamdulillah.
Rasa tenang bila seseorang buat kita untuk tidak berprasangka buruk dan terus positif. Alhamdulillah.
Saya tahu, hanya Allah lah mampu memberi rasa itu dan saya yakin, dengan izinNya,melalui seseorang itu Allah beri saya ketenangan.

Saya sedikit kagum dengan A, walaupun berlainan pegangan dan bangsa, A sangat posotif. Seorang yang tidak mementingkan diri dan amat berhati hati dalam setiap percakapannya. Saya baru mengenali A, dan sangat senang bila setiap kali saya bertanya soalan atau pun memberitahu sesuatu dia sangat positif, Sangat. 

Hari ini, dua perkara menjentik hati saya, dua duanya berkaitan kerja. Yang bertajuk besarnya adalah rezeki.
Pernah dulu saya sangat kecewa bila saya cuma dapat separuh dari yang saya usahakan. Waktu itu saya benar benar hilang pedoman (malu dengan diri sendiri). Saya menyalahkan orang itu, orang ini dan sememangnya dalam keadaan itu mudah untuk syaitan masuk dan menghasut. Astagfirullah. Menyesal dan malu bila saya sedar. Malu sangat pada Allah. 
Dan pada masa yang sama, saya berharap moga ada yang lebih baik. 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
Surah Al-Baqarah; Ayat 216

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 
Benar,ayat ini membuat saya malu. Menyesal. Mudah benar diri ini jauh dari Allah.
Dalam tak sedar, saya mula pasrah dan redha dan pada masa yang sama saya mula menghantar permohonan ke satu tempat yang sedikit pun saya tidak meletakkan harapan.

Dan, itulah yang saya dapat! Pantas dan cepat. Alhamdulillah, rezeki saya sangat hampir, Tuhan hanya menguji tapi macam macam perasaan yang timbul walhal tak patut pun untuk saya rasa begitu.

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
Alhamdulillah. Syukur. Setiap kali saya menghadapi sesuatu, saya akan ingat ini.
Diri ini belum benar benar mujahadah :( masih jauh. tapi doakan saya ya?

Rezeki kita Allah dah tetapkan sejak kita di Luh Mahfuz lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan, percaya dan usaha. Itu yang saya selalu pesan pada diri.

Boleh jadi rezeki nikah, rezeki kerja, rezeki sahabat yang baik (A juga rezeki saya) rezeki mengikuti usrah, rezeki bos baik. nah itu semua rezeki. Kecewa juga rezeki, bilamana waktu itu kita kembali pada Dia. Allahuakbar.

Segala puji hanya layak untuk Allah subhanallahu Ta'ala.

Jangan sedih sedih ya, rezeki senyuman menunggu awak. :)
Doakan saya ya?
Maaf jika punya salah dan silap. 

Jazakumullahu Khairan Khatira.



Friday, August 22, 2014

Jumuah barakah.

Salam Alaik.

Jumuah barakah!

Mustajabnya doa pada hari ni. Waktunya dirahsiakan, bila bila masa doamu pada hari ini akan dikabulkan. Seperti satu bonus kan?

Moga moga hari ini menjadi permulaan atau langkah langkah untuk kita sentiasa mentarbiyah diri.
Diri sendiri khususnya.

Moga kalian diberi kekuatan melalu kehilangan, kedukaan atau apa apa jua cabaran. Ujian itu tanda Allah sayang :)

Murahkan doa kalian pada saudara saudara Islam kita diseluruh dunia, pada ahli keluarga dan krew MH 17 dan MH307, dan pada sesiapa jua, yang menyakiti atau tersakiti oleh kita. Moga moga juga dengan itu, Allah beri kita nikmat dan berkah, menjadi laluan untuk kita kembali pada Dia. Allahuakbar.

"what you give to people, Allah will give to you too"


Bukan saja Allah, malah malaikat pun turut mengaminkan doa kita. Beruntungnya kita :')

Kerana Allah Ta'ala.

Allah sayang kita :)

Jazakumullahu Khairan Khatira

Thursday, August 21, 2014

saat itu.

Salam Alaik.

" Saat kau meletakkan kebergantungan kepada Tuhan
 dengan kadar yang sangat tinggi

Rasakan, akan ada satu getaran."


Subhanallah. Beruntungnya jika selalu merasakan perasaan seperti indah. Saya berani kata perasaannya lebih indah dari jatuh cinta! Errr. Ya, pasti kalian akan memikirkan maksud saya adalah cinta manusia kan?
Benar, kita tak akan pernah rasa cinta sebenar Allah jika kita asyik dan masih leka dengan dunia.
Allahu. 

Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri ya Allah. 



Jazakumullahu Khairan Khatira.

Wednesday, August 20, 2014

pernah rasa?

Salam Alaik.


pernah rasa awak ada semua tapi hati awak kosong?
pernah rasa bahagia tapi sementara?
pernah rasa kosong tapi awak ditengah ramainya orang?  

Saya rasai semua itu. Malah sangat menikmatinya, yang saya kira itu adalah biasa. Walhal sebenarnya ianya sudah pada tahap LUAR BIASA.

Mengapa?

Tanya diri bagaimana hubungan anda dengan Tuhan.




*nanges





pandanglah ke hadapan.

Salam Alaik.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk terus mencari mengapai dan meraih cintaNya walaupun diri ini sebenarnya penuh dengan noda dosa. Allahu.

Alhamdulillah, tak berhenti diri ini rasa bersyukur, rasa bahagia bila Allah buka pintu mata hati yang sekian lama tertutup untuk melihat apa yang sebetulnya.

Segala kekuatan yang Allah salurkan benar benar buat diri ini bertekad untuk tidak lagi menoleh ke belakang. Cukuplah jika ianya hanya mampu diulang buat menghalang daripada melakukan kesalahan yang sama. Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru sedar dan pantas untuk tidak lagi menyimpan apa apa perkara yang membawa ke alam saya yang lama. Alhamdulillah. Bukan senang juga untuk membuang segala jenis ide ide lama yang kuat untuk mengungkapkan segala jenis perasaan melalui tulisan.

"don't share you experiences but share you lessons."

Bagaimana mampu saya yang membesar dengan karya karya penulis indie yang lain begitu senang membuang setiap inci rupa tulisan yang sedemikian. Saya sedang mencuba. Sedang dan masih. Karya karya mereka hebat bagi saya, tidak sedikit pun punya kesan negatif. Yang silapnya cuma saya, yang selalu menjadikan luah kata perasaan melalui kata itu suatu kebiasaan. Kebiasaan yang selalu memakan diri saya sendiri. Silapnya disitu. Ruang tulisan lama, lebih baik di privasikan,supaya ia tetap menjadi hal hal yang lalu dan cuma saya yang tahu.

Senyumlah :) Allah tahu apa yang terbaik buatmu.

Jazakumullahu Khairan Khatira.