Tuesday, November 18, 2014

#62

Rindu.
Mahu tatap kamu lama lama.
Biar tenang.
Untuk seketika pun sudah cukup.

november 2012

lupa tanda dah tua ke?

salam!

susah jugak kalau senang sangat lupa. hati tiba tiba rindu menulis. rindu blog lama yang diprivate kan langsung baru sedar semua kata kunci dia hilang ditelan ingatan kusut.

maka terhasil lah #anadeepdeep

kahkahkah. tulisan kita zaman berzaman. banyak hilang. sempat selamatkan yang ni je. sayangnyaaa. 

takpe. Allah mesti ada sebab kan. :)

kita buat ni pun atas izin Allah.

redha tau ana!

:)

#61


Kitaran hidup kita ni mcm vcd player.

Ada butang open,close,play,stop,pause, rewind and forward.

Hmmpph. Open and close untuk mereka yang datang, tinggal,pergi dan meninggalkan. Ibarat berumah dalam hati. Eh! Hiks

Dan bila momen momen di flashback dan TERimbas, ia ibarat mcm play,stop,pause, rewind,and forward.

Tekan tekan tekan, Punah. Rosak. Hancur. Paling teruk terenjat kena karen. Yang tu bahaya. Ada ciri ciri trauma. Rasa dia mcm kne arial tv. 

Kita mana sedar time tekan tekan tu, tahu tahu dah tak sengaja. Dah jadi. Dah tak boleh buat apa. Dah tak mau. Bosan.

Buang. Habis. The end. 

Jangan amalkan kitaran hidup cmni. Tak sihat. Selalu lah bersihkan habuk, sikit sikit rosak baiki, jangan biar parah. Jangan tunggu goyah.

Sapu dengan taubat, gosok dgn doa, baiki iman,kuatkan cinta Ilahi,rindu ke Jannah.  Istiqamah :)

Hati kita, kita jaga. Jaga baik baik minta Allah yg pegang bkn manusia  :)

Pasti, takkan seperti diatas.

Allah kan Maha segala. :) percaya! Qawiyy Lillahita'ala.

25 january 2014

#60

Kadang kadang bukan senang untuk kita lupa.
Setiap rongga luka yang tercarik, pasti ada sekecil kecil selumbar yang tertinggal.

Mana mampu untuk kita terlalu jujur pada diri sendiri bilang 
"Takpe, aku dah lupa apa kau buat"
"Aku tak amek hati pun (sambil senyum)"

Paling tidak tu sebenarnya langkah sejukkan hati.
Macam kau buat kek, kalau kau terus potong tak tunggu sejuk, hancur lah.
Orang putih kata "good things comes to those who wait"
And it takes time.

It takes time.

You know. It takes time.

9 august 2013

#59

Merenung pada langit siling.
.
.
.
.
.
.

Sedut sedalamnya.
.
.
.
.
Hidup ni sementara.
Selagi kau mampu,
Selagi kau sanggup,
Selagi kau mahu,

Rasalah.
Kemam dan telan.
Hadapi dengan senyuman.
(Gahhhh, sangat kelisye)

Kemam dan telan.
Macam makan ubat sakit tekak,
Pahit mulanya, lama lama kau ketagih.
Sebab selesa saluran pemuas nafsu makan kau.
Hahaha.

Paling simple, try makan ceklat masam.
MASAM gila kan?
Haaa lama rasa apa?

Macam tu lah :)

12 july 2013

#58

Hey.
I miss you.

Feels like wanna fly away straight to you :) and ask.

'Do you take care of your heart?'

You're sweeteness to my candy and I am crush into you.


Oh My English!

29 june 2013

#57

Untuk bulan terakhir, semester terakhir, tahun terakhir, dan terakhir kali ini. 
Rasa sedih dia tahap taknak balik.
Secara normalnya apa yang paling aku suka adalah CUTI. Tapi kali ni balik tak mahu apatah lagi menerima realiti yang dah tak ada kali ini. Maroon Scuad. 

Macam 2 tahun lepas, susah nak move on dari Dungun yang subhanallah, terlalu indah, terlalu paling banyak memori.
Kali ini, lagi susah nak move on sebab diri dah semakin tua, kenangan di mana mana dan yang masa hadapannya masih.
Kabur. Macam jerebu.

Tak tahu apa yang menunggu dihadapan.

Kali ini selama hayat belajar, minta masa diperlahankan supaya realiti kehidupan yang bakal berlaku lambat tiba.

Degree will be leaving soon. Yaa, soon :(

23 june 2013

#56

Pernah terfikir tak macam mana orang asing boleh jadi orang paling tak boleh tak ada?

Aku selalu fikir.

Macam mana masa waktu dan keadaan tu berfungsi dan memain peranan. 

Kalau fikir dalam dalam.
Sambil tengok gambar.

Cuba tenung. 

Macam mana dia boleh jadi begitu bermakna.
Macam mana semua macam tak percaya.

Bila aku fikir balik.
Tak terfikir.

SubhanaAllah.
Allah sebaik baik pencipta.

5 june 2013

#55

Aku dalam kelas sekarang.
Tak dapat fokus ayat mat saleh kat depan.
Yang dapat dengan jiwa sambil merenung sama adalah


Kau.

3 june 2013

#54

Dah lama aku tinggal ruang ini.
Banyak habiskan masa dengan menerima-apa-saja-merasa-dan-hidup-dengannya.
Faham tak? 

Maksudnya.
Buat apa saja baik buruk sedih gembira salah betul atau setiap genap jenis rasa lalu redha dengan apa yang telah ditetapkan dengan perlakuan itu.

Dapat? 

Sebab untuk kita cari alasan untuk semua itu kadangnya tak-terfikir-dek-akal-tak-tersangka.

Unexpected you know!

Cuma kadang kadang unexpected tu membawa manis.
Macam kau hilang satu tanpa kau sangka kau dapat indah dari semua itu.
Betul la, Sabar itu separuh dari iman.
Selagi kau sabar, menerima dengan adanya setiap duri dijalanan,kat hujung nanti pasti kau dapat takluk istana impian :)
Dengan izin Dia.

Strangers yang aku kenali hanya  melalui puisi ramai yang begitu.
Disetiap pahit dan menjunamnya bait mereka, ketemu bahgia yang paling bahgia. Indah.

Mereka kata orang yang berpuisi ini hatinya selalu duka. Selalu sedih.
Nak kata ya pun tidak,tak pun bukan.
Salah satu teknik meluah rasa ialah dengan penulisan. 
Bagi aku ia berkesan.
Tapi tak semuanya perihal nangis-cengeng.
Cumanya hal sedih selalu dilaparkan orang.
Takkan mahu cerita segala kan?

Ada seorang kawan lelaki kata bila aku menaikkan status 'sabar' sebagai what's on your mind, 'sabarlah. Sesungguhnya ia sebahagian dariku'
Nampak tak disitu,bila mana hati kita mula susah ada manusia memberikan sinar senyuman pada kita walaupun ayatnya agak menyakitkan-hati-rasa-nak-lempang. -.- hahah.

Past has teach you to be better. To be stronger and to be known that you're special. Special to be so special. :) 

Sabar dan nanti bahgia milik kamu.
Dan dalam dunia ini, semua bukan milik kita.
Milik dia dan apa saja boleh berlaku.

Have faith and redha :)


2 june 2103

#53

Bibir mengukir senyum.
Mulut mengata sayang.
Hati telah kau rangkum.
Jangan dibiar hilang.


2 june 2013

#52

Setiap apa yang aku buat, aku laku, aku rasa.
Sudah kalis.
Sudah kalis untuk merasai sakit, kecewa dan kaku.
Setiap apa yang datang, fikir aku cuma peringatan.
Peringatan yang aku sebagai manusia tidak punya apa apa.
Anugerah terindah untuk itu bilamana setinggi tinggi, sedalam dalam atau setajam tajam rasa, aku masih tetap utuh dan kuat. 
Sudah cukup untuk aku terus berjalan untuk perjalanan mendatang dan merasai nikmat yang tidak pernah putus. 

Alhamdulillah.


20 april 2013

#51

Aku hanya aku berhenti.
Jika aku bertemu yang satu ini.


Sebab.


17 april 2013

#50

Jadi saya hanya ada pen dan kertas
Yang takpernah kehabisan
Untuk gambarkan segala jenis macam itu dan ini
Tak bertitik noktah penghujung penamat
Yang panahnya cuma ke awak

Saya letih
Saya cuba

Takut hilang
Takut pergi

Awak?

22 march 2013

#49

Semua yang saya buat hanya cuma untuk lihat dan terbitkan senyum awak dari hati macam bunga rindukan matahari.
Tanpa saya peduli marahnya orang sebab sinar saya terlalu terang.
Cukup buat awak rasa bahagia itu.
Cukup sangat memadai.

Tapi,
Awak rasa tak?

22 march 2013

#48

Semacam ada rama rama dalam hati. 
Membuak buak mahu keluar.

Manis rasanya.
:)

17 march 2013

#47

Saat aku rembeskan semua larutan perasaan melalui rongga mata.
Dada sarat ini sedikit lega.
Namun,
Tiada apa yang berubah.
Dunia masih tetap kejam.
Cuma untuk seketika, hati berbaur liku permasalahan mengalir pergi dari tubuh aku yang rapuh ini.

Dan aku tahu, ia takkan pergi lama.

Rapuh.

10 march 2013

#46

Aku cuma mahu curi masa kau bukan lama.

Paling lama hingga aku selesa rasa.
Paling kejap bila aku punya kerja.
Paling paling tidak bikin hati ini terdetak laju sudah cukup.

Dipikir aku jauh.
Kau layan aku suam suam air.
Tak nampak bayang dilupa wajah.
Nampak tak nampak.

Sedih bila tak dimahu.

7 march 2013

#44

Tolonglah tahu.
Hati ini
Diri ini
Butuh kamu untuk memujuk rayu
Bukan kerna mahu diaku benar

Tapi 
Hati ini 
Diri ini
Mahu terasa perlu.

6 march 2013

#45

Harap nanti kamu buka mata seluasnya
Lapangkan jiwa seadanya
Tentang
Ini semua untuk apa.


Bukan salah kau tak nampak aku.
Bukan salah siapa.
Bukan salah kau tak layan aku.
Bukan salah siapa.
Bukan salah siapa.

Salah aku,
Mengharap kamu.

7 march 2013

#43

Rasa nak berhentikan semua.
Nak pause dan tak nak rasa apa apa.
Semua. Taknak.

Kehilangan tempo pada lagu.
Jadi demikian liriknya tak ada makna.

Tak ada guna.
Tertekan.

Dibawah pengaruh emosi.
Dan mahu sendiri.

Tolong buat aku ketawa boleh?
Cukup untuk aku tunggu detik seterusnya.

5 march 2013

#42

Apa saja yang aku tulis disini adalah apa yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata.

Ya, agak klise.

Melalui penulisan,aku rasa ianya paling jujur.
Sejujurnya setiap rasa aku.
Yang pengakuannya terbit dari mulut tidak semestinya berkesan dengan apa yang disampaikan melalui hati.

Lain.

Kerana, dengan penulisan.
Aku cuma bicara sama aku.
Tak perlu sesiapa untuk bersama merasai apa rasanya hati.
Remuk redam suka sukinya.
Cukup aku.

Sebab itu aku lagi suka bicara bahasa puitis dari bicara manis. 
Getarnya lain.
Manis.
Sudah cukup bikin hati kencang.
Ahh seperti taufan yang diporak perandakan.
Sampai ke tulang aku bisa sentuh emosi itu.
Ada masa juga, hujan singgah sekejap mengundang awan mendung.

Hebat bagi aku.

Melalui tulisan saja mampu meruntun jiwa. Sama ada sedih atau bahagia.
Rasanya bagus. Paling enak didunia.

Dilabel jiwang aku tidak peduli.
Buat apa kisahkan mereka yang tak berhati.
Mana mungkinkan kita semua sama.

Aku tulis dengan satu sisi paling jujur.
Yang tiada mereka pernah tahu.
Yang tak akan difahami telus.
kerna cuma dengan ini 
aku jadi aku.
Dan aku mahu itu.

26 february 2013

#41

Dalam dunia ini,
Tiada apa yang kekal.
Kecuali cinta DIA.
Subhanallah.

Aku percaya,
Tiada apa akan terjadi tanpa izinNya.
Dan untuk segala yang telah dan akan berlaku.
Aku redha.

Semoga akan terus gagah dan kuat untuk hari esok.


Allah Maha Besar.

26 february 2013

#40

Untuk waktu ini.
Yang tenang cuma... Angin.

Terbanglah kemana. 
Bawalah pergi.
Kuserahkan jasad tubuh. 
Kerna aku cuma mahu hati.


Antara lanun dan pemberat.
Aku pilih keduanya.
Pertama; Lanun- ibarat Kapten Hook yang tak pernah berputus asa dengan apa jua.
Kedua; Pemberat- penahan kapal dari pergi. agar selamanya dalam hati kamu.

Dang! Jiwang.

17 february 2013

#39

Kalau dikira rindu. Ia takkan pernah terpujuk dengan apa jua yg ada didunia. Mahu saja aku teriak dan luahkan apa dalam dada. Tapi sayang, itu hanya berfungsi seketika. Lima saat kemudian hati kembali sebu. Cuma bila aku tatap langit, mengira rupa bentuk awan, itu paling aman. Kerna aku tahu, kamu juga lihat itu. 

11 february 2013

#38

AK 5264 KUL-MYY

Berdirinya aku disini. 
Dalam kalangan manusia.
Kosong.
Aku lihat.
Dengar.
Tetap kosong.
Aku diam.
Emm.
Lantas aku berjalan ke ruang pesawat.
Membimbit bagasi seberat jiwa sendiri.
Jalan dan terus duduk.
Menerobos pegun di ruang kepala.
Bersandar keras ke penahan kiri kanan dan belakang.
Masa aku tidak cukup. 
Untuk selamanya tetap tidak pernah cukup.
Mengeluh aku sebentar.
Pada diri yang tak memahami.
Pada dia yang telah aku rindu.
Hidup ini sukar bukan?
Cinta juga.
Begitu pada aku tidak begini pada dia.
Masa aku tidak cukup.
Untuk aku lontar semua.
Lantas aku pilih untuk diam.
Biar hati bicara.
Dengan sedikit rasa merajuk itu.
Sudah dapat dihilangkan dengan berjutaan rasa kasih pada dia.
Maafkan aku sayang.
Aku cuma mahu kamu tahu.
Apa saja akan aku lakukan pada kamu.
Biarpun aku mungkin tidak dapat memahami kamu, tapi percayalah aku terlalu cinta.
Ingin sekali aku kutip awan buat hilang amarahmu. 
Seterusnya mengembirakan hari harimu
Namun aku hanya mampu mencuba sebolehnya tapi aku tetap juga tidak mampu. 
Kamu faham sayang?
Diruang pesawat ini
Terlewatkan untuk aku katakan itu?

Sayang, aku rindu. 


Sorry for everything.

22 january 2013