Wednesday, November 28, 2012

Keji.

Aku paling suka bahas tentang cinta.
Bahas antara hati sendiri. Haha.
Kadang aku masih tak faham makna tulin nya.
Yang aku tahu cinta itu asyik.
Nikmat dan indah jika benar landasannya.
Tak tertumpu pada cinta manusia sahaja.
Paling jelas, cinta kita pada Dia.
Hebat bukan.

Tapi aku lagi suka bicara tentang manusia sebab banyak gayanya.

Sebab cinta kita boleh pilih mahu menjadi semacam apa.
Pada manusia kita boleh lihat jika sang arjunanya hanya tahu bermain kata tapi hati tarak jaga. Itu namanya taik.

Cinta itu nikmat dan indah.
Boleh jadi kotor dengan sekali cara.

Cinta tak berubah.
Manusia yang berubah.

Aku kenal seorang wanita bertuah ni,
Punya lelaki yang sangat menghormati wanitanya. :')
In shaa Allah. Hingga akhir hayat.

Wanita dijadikan sebaik baik kejadian.
Bukan dari kepala untuk diangkat,
Bukan dari kaki untuk dipijak,
Tapi dari rusuk kiri untuk dilindungi,
Dekat dihati untuk disayangi.

Hargai wanita anda.

Isteri dijadikan dari rusuk kiri imamnya.
Syurga pula dibawah tapak kaki ibu.
Disebalik kejayaan seorang lelaki,pasti ada seorang wanita dibelakangnya.

Aturan dan kejadian Allah itu cantik.
Hiasi cinta dengan yang baik baik saja.
In shaa Allah. Diberkati dunia akhirat.
Amin.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 27, 2012

The best love song ever :')

The day we met Frozen, I held my breath Right from the start
Knew that I found a home
For my Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt Suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years I'll love you for a thousand more
I'll love you for a thousand more

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

A thousand years.

The best ever love song :')

A thousand years part 2.
Twilight-Breaking dawn soundtrack.



I wish and prays for that too.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Emosi.

Emosi maksudnya apa yang kita rasa.
Dari pandangan akulah.
Dia lebih kepada bercakap mengikut rasa perasaan.
Bila sebenarnya time tu kita fight kuat dengan syaitanirrojimm untuk mengawal tahap rasa marah sedih dan apa saja yang terbuku terbeban dalam hati.
Sebab tu bila kita tahan emosi, pendam lama lama, apa yang terkeluar dari mulut dan perbuatan adalah bukan kita dan lebih banyak membawa ke pergaduhan perselisihan dan sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Bila time kita emosi.
Jalan paling selamat adalah senyap.
Cool and chill.
Tapi tak semua macam tu.
Kalau boleh nak sembur, dia nak sembur je.
Kena ingat, menjatuhkan orang akan terkesan dihati.
Sedikit sebanyak bila hati terguris, tercalar atau terasa, benda yang elok elok baik boleh jadi busuk.

Kita memang tak boleh memuas.
Tak.
Orang takkan puas.
Kita takkan puas.
Cuma apa yang boleh.

"Hormat cara orang, faham kita berbeza,
Biar orang jadi orang dan kita jadi kita"
-WaniArdy-

Semua datang dari hati.
Allah yang bagi.
Baik buruk adalah ujian.
Utk kita ingat, DIA ada.

Alhamdulillah.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 20, 2012

Random.

Semua yang saya tulis ini adalah random.

Boleh dikata dari sekeliling,
Dari drama *kebanyakkan aku terkesan dengan drama.
Dari pengalaman lama.
Dari pengalaman orang.
Dari cakap cakap.
Dari imaginasi.

Tiada kaitan dengan mereka yang boleh diagakkan.
Takde.
Jadi jangan tanya siapa.
Sebab aku sendiri tak mahu beri tahu :)

Semua hasil dari mahu menjadi pemuisi.
Ya ini puisi sampah.

Ada juga kiasan dari diri sendiri
adanya bila aku diselaputi emosi.

Semua tentang aku dan mereka yang pernah wujud dalam dunia aku.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dear Friend.

Dear friend,
How are you?
I miss you.
Do you miss me too?

Dah lama kita tak bercakap kan kawan.
Macam kita sebenarnya bermula dari Stranger.
Sedangkan dulu kita yang paling tak boleh tak ada.

Awak ingat tak dulu dulu?
Macam mana dan kenapa jadi begini ya?

Saya pernah cakap rindu, tapi katanya awak sendakan saya.
Sejak tu, saya diamkan saja apa jua terbuku.

Apakah persahabatan saya terlalu murah untuk awak?
Yang boleh untuk awak ketawakan.
Dan beri awak pilihan untuk khianati saya?

Kepercayaan saya punah disebabkan itu.
Saya tak nampak awak jahat.
Saya cuma lihat manusia berubah.
Berbeza dahulu apatah lagi sekarang.
Bukan salah awak seorang, kawan.
Mungkin saya juga ada onarnya.
Peluang tak memihak untuk perubahan kita.

Saya lebih bahagia begini.


Cumanya.
Saya nak awak tahu.
Saya cuma rindu.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 17, 2012

Perlu gagah, usah goyah :)

Perlu gagah,Usah goyah.
Perlu bangkit dan menjerit.

Allah ada, Dia tahu.
Apa dalam hati yang terbuku :)

Believe in Allah.

Everything will be okay.
InsyaAllah. Amin.


Takperlu ada semua.
Takperlu dapat semua.
Sebab manusia takkan ada yang sempurna.

Perlu gagah, usah goyah.
Perlu bangkit dan menjerit.

:)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 16, 2012

Si Gadis - 3 Venus

Fynn Jamal, Wani Ardy dan Ana Raffali.

menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
satu kerja berat yang amat-amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang dirinya sendirian

keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

si gadis menelefonku mlm itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutup

lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama

si gadis terus meluahkan hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal bagaimana lagi

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

kita gadis mmg sering menyonsang rasa
mana cinta mana rasa mana Dia
dengar sini sabarkan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya si-Dia itu

lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia

perlu gagah usah goyah
perlu bangkit dan menjerit
ayuh gadis berhentilah kau menangis
tada da da....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 11, 2012

Saat itu.

Saat itu.
Semua berubah.
Bila mana semuanya kau perlu anggap sudah berakhir.

Saat itu.
Saat sukar yang kau kumpul dari mula hingga saat sebenar tiba.
Ianya takkan semudah makan sushi.
Ianya takkan sesakit dihiris french knife.
Ianya lebih dari itu.

Saat bila kau bangun dari jatuh yang remuk kesemua organ serta tulang temulang.
Saat kau cantumkan semua yang bersepai.
Saat kau kembalikan semua deria rasa.
Saat itu.

Saat itu aku cuma sedar.
Aku hanya boneka permainan bermusim kau.

Tahniah.
Dan takziah.

kitaran hidup kau tak cukup lagi.
Akan tiba saat dimana kau rasa semua itu kembali.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 10, 2012

Bengkak.

Bangun pagi.
Complete dengan mata bengkak.
Sendu semalam masih ada sikit sisa.
Tak terlarat nak habiskan.
Sakitnya kalah putus cinta.

Taikkkkkk aaaaaaa.


Kuat jugak kata hati ni.

Kun faya kun.
Semoga Allah merahmati kalian.


Hariiniakulahmanusiapalingkecewasebabmanusialainyangtakbertanggungjawabkasiharapaakuhancur.

Buntu.


Thank you love,
Utk kesabaran dan pengorbanan smata2 mahu kasi sy happy :')











Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 8, 2012

Permintaan.

Kadang kadang saya minta dibekukan hati.
Agar saya tak rasa apa yang tidak.
Kadang saya minta ini semua hanya saya yang rasa.
Supaya saya tak menyakiti sesiapa.

Tapi,
Realitinya tidak.
Saya tetap rasa semua.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 7, 2012

Kata hati.

Apa kau tahu rindu itu sakit gila?
Tak tertahan tahan.
Persis disiat siat hati.
Ubatnya cuma bila kau dapat tatap Dia walau hanya sekilas, itu cukup memadai.

Untuk aku.
Jika aku rindu.
Aku tak mahu lihat.
Aku tak mahu dengar suaranya.
Aku tak mahu.
Aku takut aku takkan berhenti menangisi.

Sakit.

Seperti mana yang aku sedang lalui.
Aku akan menjadi teman kepada diri sendiri.
Bermesra dengan sunyi diselangi tangis.
Berborak dengan isi hati.
Memujuk dengan manja.
Kuat ana. Kuat.

Langsung saat itu,
Bila aku sebut mama, ayah dan yang lain.
Aku capai tuala.
Buka shower sekuat mungkin.
Semahunya aku keluarkan.
Yang tinggal hanya sendu dan ketar.

'Dah Ana,Cukup untuk waktu ini'.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 3, 2012

Betul.

Ye.
Memang.
Memang betul.
Tak mati kalau tak buat.
Tak buat takkan mati.

Tapi.

Hati boleh mati.
Mati hati.

Dan itu aku paling taknak.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 2, 2012

Bulan.

Rindu bulan.
Rindu lagi pada pantai.
Esok. Pasti.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pantai.

Rindu.
Mahu tatap kamu lama lama.
Biar tenang.
Untuk seketika pun sudah cukup.









Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Em.

Bencinya aku pada kau.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.