Wednesday, January 28, 2015

Rapuh.

sudah ke berapa kali entah
aku tetap rasa setiap ucap syukurku
tidak mampu menandingi betapa banyaknya 
nikmat yang Tuhan beri padaku.

sudah ke berapa kali entah
aku jatuh dan berdiri semula
dengan senyum dan harapan dari Tuhan
sedangkan hakikatnya
aku sungguh tidak layak.

sudah ke berapa kali entah
yang aku mahu hanya
lenyapnya dosa dosa masa lampau
yang setiap saatnya sering menghantuiku.

sudah ke berapa kali entah
aku doa
moga Tuhan tetap bersama aku.

dan sudah ke berapa kali entah
setiap waktunya aku rapuh, rapuh dan terus rapuh.

"awak pegang kata saya: hidup ini cuma perlu Redha Allah. tanpa redha Dia, mana mampu awak kuat, hidup ini cuma perlu Cinta Dia, kerana Dia yang mencipta Cinta"

Tuesday, January 27, 2015

"segala puji hanya layak untuk Allah yang sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri"

susah nak jadi baik.
susah, terlalu susah.
tahu kenapa?

bila mula bertudung labuh dan bersarung tangan.

" haaa dah macam ustazah dah cik kak ni"
"ustazah nak pergi jalan jalan ke?"
"tudung besar besar nak pergi mana? dah macam khemah"

bila mula ikut usrah.

"ingatkan dah baik, tapi perangai sama"
"usrah?dapat apa? makan je lebih"

itu adalah ujian.
dan ujian tu tak buat kita jadi baik lagi.

andai kuat iman, ia sama sekali tidak mematahkan semangat, tapi jika tak, bila bila masa hanya kerana percakapan sebegitu terus individu ini tidak jadi untuk jadi baik.

"aku tak bertudung pun, aku solat!"
"eleh, bertudung tapi berpegang bukan muhrim,tak guna jugak"

ini juga ujian. sama ada kita biarkan orang begini atau terus berdoa moga hatinya terbuka untuk hidayah.

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)"

jadi baik semua orang nak, nak nampak baik, nak semua sempurna.
tapi kita lupa, kita lupa nak tajdid niat kita semula. niat kita untuk siapa? perlu ada rasa di mana kita mahukan kebaikan untuk setiap umat Islam. lupakah kita?
kita lupa yang perjalanan ke arah lebih baik itu memakan masa, memerlukan satu tempoh yang cukup panjang.

apakah tali pengukur tingginya tahap kebaikan seseorang itu?

saya sendiri tidak punya jawapan.
tapi apa yang saya tahu, manusia tidak mungkin sempurna.
mereka, kita, awak dan saya melakukan pelbagai jenis dosa. dan dosa dosa tersebut adalah aib yang telah ditutup oleh Allah swt. Subhanallah.
kiranya andailah tidak disembunyikan Allah, penuh dunia ini dengan busuknya dosa kita.

menjadi baik tidaklah terlalu susah, tidak terlalu senang.
tapi sebagai seorang Muslim, menjadi lebih baik itu perlu.

natijahnya dalam hidup ini, iman turun naik, hati berbolak balik.
kembalilah pada agama fitrah, niat kerana Allah, ikhlas dengan ujian.
in shaa Allah. bukan sahaja baik, malah bahagia :)
fiddunyya wal akhirah

"perlu merasa susah di dunia untuk menggapai bahagia selama lamanya di akhirat"

"jika kita tidak mampu berubah menjadi lebih baik, janganlah kita punca mereka tidak melakukan kebaikan."


jadi baik atau jahat, semuanya akan diuji.
baik;ujian untuk terus mujahadah.
jahat;menghadapi ketakutan kerana perbuatan itu sendiri dimurkai Allah.

Moga Allah jaga kita semua, jangan disebabkan untuk tampak baik semata, terbang pahala kita kerana dikaburi niat yang jahat. Nauzubillah.

wallahualam.

Allahu Musta'an!
jangan patahkan niat baik seseorang :)
kita kan nak masuk Syurga sesama.

jaga iman,jaga hati, jaga aurat. :)
maaf salah silap.
Jazakumullahu khairan khatira.