Tuesday, February 26, 2013

Hati terlalu letih untuk merasa apa apa.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Persoalannya.

Apa saja yang aku tulis disini adalah apa yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata.

Ya, agak klise.

Melalui penulisan,aku rasa ianya paling jujur.
Sejujurnya setiap rasa aku.
Yang pengakuannya terbit dari mulut tidak semestinya berkesan dengan apa yang disampaikan melalui hati.

Lain.

Kerana, dengan penulisan.
Aku cuma bicara sama aku.
Tak perlu sesiapa untuk bersama merasai apa rasanya hati.
Remuk redam suka sukinya.
Cukup aku.

Sebab itu aku lagi suka bicara bahasa puitis dari bicara manis.
Getarnya lain.
Manis.
Sudah cukup bikin hati kencang.
Ahh seperti taufan yang diporak perandakan.
Sampai ke tulang aku bisa sentuh emosi itu.
Ada masa juga, hujan singgah sekejap mengundang awan mendung.

Hebat bagi aku.

Melalui tulisan saja mampu meruntun jiwa. Sama ada sedih atau bahagia.
Rasanya bagus. Paling enak didunia.

Dilabel jiwang aku tidak peduli.
Buat apa kisahkan mereka yang tak berhati.
Mana mungkinkan kita semua sama.

Aku tulis dengan satu sisi paling jujur.
Yang tiada mereka pernah tahu.
Yang tak akan difahami telus.
kerna cuma dengan ini
aku jadi aku.
Dan aku mahu itu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia.

Dalam dunia ini,
Tiada apa yang kekal.
Kecuali cinta DIA.
Subhanallah.

Aku percaya,
Tiada apa akan terjadi tanpa izinNya.
Dan untuk segala yang telah dan akan berlaku.
Aku redha.

Semoga akan terus gagah dan kuat untuk hari esok.


Allah Maha Besar.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masa yang gelojoh.

Sakit betul terhantuk dinding.
Hanya disebabkan jasad yang gelojoh kononnya bahgia merebahkan atas katil yang empuk. Sangat senak dan bingai rasanya.

Semua tak jadi apa kalau kita gelojoh.
Gelojoh pada pemahaman bahasa melayu kelantan dulu bermaksud lorat atau ga'duh atau tebolah.

Jadi untuk bahasa yang ekstrem boleh kiranya digunakan untuk menggambarkan masa yang mengila meninggalkan kita. Amboi.

Hahaha.

Rasa macam baru semalam tengok tv sambil tunggu udey untuk hantar ke lapangan terbang. Cehh.
Macam baru semalam lihat bumi borneo. Cehh lagi. Haha. Ini semua poyo lah ana.
-_____-'

Sejujurnya.
Cepatnya masa berlalu.
Cepatnya minit pergi.
Cepatnya.
Cepatnya.
Cepatnya.
*hentak hentak kaki.

Tak mahu balik boleh tak?
Tak mau tak mau.
*persis anak manja sambil kelip kelipkan mata.

Eh! Macam bukan aku pulak.
Hehe.
Tu tipu.
Aku macam ni.

Akan mula duduk sesorang.
Mengenangkan nasib diperantauan kelak.
Ohh alangkah sedihnya hatiku.

Sesakit kepala yang dicium rakus si dinding pink.

Hmmmmphh.

Tak ada apa yang diharapkan.
Semoga semester baru ini diri ini lebih kuat mengharungi ranjau kehidupan dikota metropolitan. Haha.



Ya Allah, lindungilah aku serta keluargaku dari azab api nerakaMu.
Lindungi kami dari tipu daya manusia dan kecelakaan. Berkatilah dan rahmatilah kami. Limpahkanlah kurniaMu agar kami sekeluarga menjadi kesayanganMu dan bahgia dunia akhirat. Amin.
Amin Ya Rabb.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu kerugian.
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Moga2 kami dalam kalangan itu.
Amin.


Masa,
Untuk kali ini,
Perlahankan sedikit masamu,
Agar aku bisa merasa bahgia duniaku,
Biarpun puas untuk sekejap,
Akan cukup buatku ingat,
Cinta orang tuaku tiada gantinya,
Hingga akhir nafas dipenghujung maut,
Aku akan kuat dan gagah,
Sehingga rindu itu kembali bertamu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 17, 2013

Kisah Mama dan Ular tipu tipu.

Hehe.
Dua minggu lepas, ayah belikan sofea ular getah. Hijau kaler dia.

Cerita dia bermula bila ayah dan si sofea ni pergi berdua ke kedai super save, lebih kurang hot market jugak.
Aku pulak jalan dengan mama tengok tengok baju.
Bila dah settle semua, kebetulan jumpa diorang dah.
Dari jauh dah nampak sofea sengih.
Pelik.
Sebab sepanjang dia membesar aku tahu dah peel dia ni.
Jadi aku tak syak lagi.
Sehinggalah ayah minta barang dia dalam beg mama sambil tang tu jugak masukkan ular getah ni.

*kaku jap.

Cuba teka apa reaksi mama.

Hmphh.

Mungkin time tengah mama cari, mama terasa kelembikan *eh. Haha. Ular getah ni lembik jadi kalau terpegang boleh buat terkencing jugak la.
Jadinya dekat situ jugaklah mama ni menjerit tahap kuat gila.
Hahahaha.

Opss.

Tergelak. Hee. Takut jugaklah tengok sebab mama ni tang semangat kadang tak boleh jangka. Hihi.

"Takut jugak nok letok,takut pesey" -ayah.

Hahaha. Dan saat itu bermulalah kisah mama tak habis habis sofea usik.

Errr. Aku juga. Dan ayah tak ketinggalan.

Tapi time malam tu mama dah putuskan ular tu sampai si sofea nangis nangis. Tak rasa sebab dia sayang ular tu, tapi sebab dia ah tak boleh nak usik mama.

Budak kecik tu kelakar sebenarnya.

Jadi semalam, atas sebab best. Ayah dengan semangat belikan lagi ular getah ni.
Siap beli untuk aku satu, sofea satu.
Kaler kuning dan kaler coklat yang sebijik sama ular betul.

Sebelum tu aku siap pesan. "Kakak nok satu ula yah"

Dari jauh nampak ayah siap mencangkung pilih haa.
*haihh semangat betul.

Paling kelakar.
Balik rumah,sofea letak dalam buku mama suruh mama baca.
Kalau tengok muka sofea ni, rasa nak bagi kaki je.

Tahap menyakat level orang tua. Aku pun tak terfikir nak buat camtu.

Hehe.

Jadi sebenarnya kat sini.

Buatlah apa jua, selagi bersama keluarga anda akan sentiasa bahgia dan gembira :)

Untuk iqin dan sarah.
Biar jauh, korang tetap ada.
Disini.
Hati.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manisan 2012.

Penulis kesayangan.
Wani Ardy.
Boco 7, Gravy Baby Laman Seri

Woohoo!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia.

Aku cuma hidup untuk mereka.
Kerna mereka, aku dapat hidup.
Dengan IzinNya.

Terima Kasih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Untuk waktu ini.
Yang tenang cuma... Angin.

Terbanglah kemana.
Bawalah pergi.
Kuserahkan jasad tubuh.
Kerna aku cuma mahu hati.


Antara lanun dan pemberat.
Aku pilih keduanya.
Pertama; Lanun- ibarat Kapten Hook yang tak pernah berputus asa dengan apa jua.
Kedua; Pemberat- penahan kapal dari pergi. agar selamanya dalam hati kamu.

Dang! Jiwang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 16, 2013

Bosey.

Bosey weh.
Takdok ore cari kito.
Hmmmmmmph.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 15, 2013

hilang.

kadang kadang dunia maya ni banyak sangat pengaruh buruknya.
banyak sangat.
sekecik kecik perkara boleh heret kita ke dosa.

hmphhhhhhh.

lumrah manusia ni nak tahu semua hal orang.
tak cakap orang.
aku pun.
hal retis ke,senior ke.
semua nak tahu.
tapi bergantung keenakan cerita jugak.

jadi untuk elak benda tuh semua.
eloklah kita menghilang buat seketika.

nak cari.
cari kat sini. hee.


Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday Bestfriend!



Happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to the best ever friend the world!
Nur Aisyah Tahirah
happy birthday to you :)

yeay!
tua dah awak! :)
please imagine saya nyanyi ;p
hahaha


hmpphhh. 

Selepas dua belas tahun, saya masih ingat pertama kali kita bertemu (aaaaa selebet molek time tuhh), apa yang telah kita lalui dan makna kehadiran awak pada saya.
dua belas tahun bukanlah masa yang cukup untuk saya mengenali awak sedalam dalamnya.
tapi saya cuma mahu awak tahu betapa bermaknanya kehadiran awak pada saya yang ketika itu cuma berusia 12 tahun :)
dari situ, saya kenal apa itu persahabatan.
betapa seronoknya saya ketika itu. 
*awak dan ramizah orang pertama dibelakang saya yang sangat saya percaya.
saya, awak dan ramizah. 
saya rindu.
takdir tidak menyebelahi kita bila kita tidak lagi bersama untuk hari hari seterusnya selepas
Sekolah Ismail Petra 2.
dari jasa baik Amirah Hassa bagi saya tempat duduk disebelah awak pada hari pertama saya disekolah itu membuka satu buku baru pada saya tentang persahabatn.
mungkin ia tidak bermakna apa apa bagi sesiapa, tapi bagi saya, awak dan Ramizah sahabat dunia akhirat saya.
walaupun kita terpisah jauh, jarang berkomunikasi dan mungkin bukan lagi orang pertama yang saya berkongsi cerita, percayalah
saya rindu. rindu kita yang dulu.
ingat saya selalu lepak rumah awak walaupun kita tak buat apa apa. bercerita tentang siapa siapa, kita tetap dengar. banyk yang kita lalui kan?

buat sahabat kesayanganku,
Aisyah dan Ramizah.
terima kasih kerna ada untuk saya.
terima kasih sebab tak jemu bercakap, dan sms tak penting saya.
terima kasih sudi memimpin jalan saya ke satu perasaan luar biasa.
terima kasih untuk persahabatan berharga ini.
terima kasih.

maafkan saya awak, andai saya pernah tak ada untuk awak.
maafkan saya jika tidak mampu memjadi sahabat sempurna.
maafkan saya atas kurangnya makna persahabatan yang saya tunjukkan.

selamat 23 tahun buat sahabat kesayangan. 
semoga lebih dari 12 tahun usia persahabatan kita.

semoga selamat dunia akhirat.

Selamat Hari Lahir Nur  Aisyah Tahirah Ismail.
i love you always!







* eh tetiba teringat soalan pertama awak tanya masa mula mula saya duduk sebelah.
"awak minat artis mana eh? Qface? Abby? Erra or yusry?"

hahahahahahahahaha.

dan saya tetap ingat mizah minat dooh ko erra nga yusry.
haha.
lebiu !


Wednesday, February 13, 2013

masih sakit.

kalau aku punya kuasa,
mahu saja aku hilangkan segala parut sendu sisa sisa lama.

kenapa kau bisa bahgia bila begini aku kau perlakukan?
bukan makna aku tidak bahgia
tapi aku rasa ia tidak adil.
terlalu senang bagi kau setelah pelbagai jenis luka kau torehkan.

aku cuba untuk teruskan ingatkan di otak dan jauh ke hati
bahawa kau telah aku maafkan.
tapi itu hanya sia sia.

aku masih benci
teramat.

untuk segala rasa yang kau berikan.
segala ngilu ngilu yang aku rasa.
kau tak layak untuk bahagia.

aku bukan Tuhan.
bukan juga Nabi.
yang boleh maafkan kau begitu saja.

tolonglah percaya.
aku masih berharap.
agar kau rasa apa yang aku rasa.
betapa sakit.
hancur
punah
dan ranap

perkara paling celaka.
adalah kau.

aku tetap menanti untuk ucap padan muka.
dan berharap ada manusia lain perlaku kau begitu.





Monday, February 11, 2013

Angin rindu Borneo.

Kalau dikira rindu. Ia takkan pernah terpujuk dengan apa jua yg ada didunia. Mahu saja aku teriak dan luahkan apa dalam dada. Tapi sayang, itu hanya berfungsi seketika. Lima saat kemudian hati kembali sebu. Cuma bila aku tatap langit, mengira rupa bentuk awan, itu paling aman. Kerna aku tahu, kamu juga lihat itu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.