Friday, January 31, 2014

:')

Dari Aku Islam.

Luka semalam kau belek lagi.
Masih ada rasa yang berbaki.
Mari.
Melangkah-lah mari.
Kau cuba lagi.

Cuba kau fahami.
Tuhan menitip uji agar kau kan biasa berluka-luka tanpa berair mata lagi.

Anggap saja itu wasilahnya Dia menguatkan hati.
Biarpun pernah tersakiti berkali-kali.

Mari, senyum lagi. :')
............

-CaliphOfUmmah-


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ya, diri ini masih lagi bergelut melepas diri.

Tafakur- Opick

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Bumi akan sepi
Bangga sementara
Adakah tempat kembali
Adakah selain Allah


La Tahzan, Innallaha Ma'ana.


Semoga Allah melindungi kamu.
Pelihara iman kamu.
Dan berikan kebaikan dunia dan akhirat buatmu.
Kamu berhak beroleh yang terbaik.
Fi Hifzillah.
Semoga berbahagia :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 30, 2014

Dugaan itu Allah uji ada sebabnya.

Assalamualaikum.

Allah perancang yang terbaik.

Percaya, sabar. Redha. Itu yang terbaik.

Setiap susur galur jalannya ada sebab, ada hikmah. Ada yang kita boleh rasa terus, dan ada yang ambil masa untuk ditunjukkan. Tapi apa yang paling penting adalah, kita ada Allah. Allah Maha Mengetahui. Setiap aturan Dia, Dia tahu yang terbaik untuk kita perlu bukan yang kita mahu. Wallahu'alam.


:)

Senyum  panjang panjang. Heee.

Kuatlah wahai wahai jiwa yang mencintai Allah!


Salam A'alaik.
Fi Hifzillah.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














Transform! Cantiknya ia kerana Allah.

Bismillah.

Assalamualaikum!

Apa yang dimaksudkan dengan transform?
Menurut kamus google saya. Hihihi. Transform ialah mengubah, merobah, menjelmakan, menukar.

Hmphh. Okay, rasanya menjadi lebih baik adalah pilihan paling tepat untuk subjek ini.

Awak semua tahu tak kalau kita berubah kerana Allah, awak akan rasai satu kemanisan yang sangat manis yang saya berani janji itu adalah paling manis dan nikmat. Hah!

Manis. Subhanallah.

Jum la try! Saya dah rasa dan saya nak lagi!

Niatkan semua Lillahita'ala. Dengan kuasa Allah Maha Hebat, Allah akan permudahkan jalan awak dan berikan rasa atau perkara yang tak pernah awak jangka. Percaya!

Janji Allah pasti.

Slow slow pon takpe. :) Allah tahu niat kita.

Ingat! Kita cari redha Allah, bukan kesukaan manusia. ^_^

Untuk transform tak mudah tapi tak susah. Allah ada dan Allah nak lihat sama ada kita bersungguh atau tak. Bukankah bila kita terdetik dalam hati tu tanda Allah sangat sayang kita dan mahu kita berubah? Ayuh! Heee.

Kita akan lalui fasa ujian yang maha hebat. Akan ada cakap cakap tapi kita nak cari redha Allah kan? Nahh. Cekalkan hati. Jadikan itu sebagai penguat semangat dan asbab utuh untuk awak berjuang. Masya Allah. Ini juga jihad tahu? :)

Syurga itu mahal :) dan kemanisan akan dirasai selepas kepahitan. Macam awak minum kopi. Haaa. Pahit pahit manis pastu rasa nak minum selalu kan kan?

Sama sama kita mujahadah dan istiqamah!
Moga awak awak semua dirahmati, diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanallahuta'alla. Amin amin amin.

Salam a'alaik.
Fi Hifzillah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 25, 2014

Life cycle of VCD player.

Kitaran hidup kita ni mcm vcd player.

Ada butang open,close,play,stop,pause, rewind and forward.

Hmmpph. Open and close untuk mereka yang datang, tinggal,pergi dan meninggalkan. Ibarat berumah dalam hati. Eh! Hiks

Dan bila momen momen di flashback dan TERimbas, ia ibarat mcm play,stop,pause, rewind,and forward.

Tekan tekan tekan, Punah. Rosak. Hancur. Paling teruk terenjat kena karen. Yang tu bahaya. Ada ciri ciri trauma. Rasa dia mcm kne arial tv.

Kita mana sedar time tekan tekan tu, tahu tahu dah tak sengaja. Dah jadi. Dah tak boleh buat apa. Dah tak mau. Bosan.

Buang. Habis. The end.

Jangan amalkan kitaran hidup cmni. Tak sihat. Selalu lah bersihkan habuk, sikit sikit rosak baiki, jangan biar parah. Jangan tunggu goyah.

Sapu dengan taubat, gosok dgn doa, baiki iman,kuatkan cinta Ilahi,rindu ke Jannah. Istiqamah :)

Hati kita, kita jaga. Jaga baik baik minta Allah yg pegang bkn manusia :)

Pasti, takkan seperti diatas.

Allah kan Maha segala. :) percaya! Qawiyy Lillahita'ala.

Berjuanglah wahai jiwa jiwa yang kuat kerana Allah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.