Thursday, April 30, 2015

Aku, pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.

Jahilnya aku dulu,
Al quran ku baca hanya ketika aku sedih. 
Ketika aku rasa merintih pada Allah itu jalan terbaik menghamburkan kecewa pada manusia.
Jahilnya aku dulu, 
Solat ku bila perlu, bila free bila mahu. tak pernah pun pada awal waktu.
malunya padaMu Rabb.
Jahilnya aku dulu,
Sunat dan sunnah aku tinggal, bagaikan tak penting, mahukan kebaikan tapi diri sendiri tak melakukan.
Jahilnya aku dulu,
Pakaian ku sekecil kecil saiz, tudungku berpin satu,
katanya berbaju besar, bertudung labuh tidak feminis.
Jahilnya aku dulu,
Berkawan tanpa iktilat, berteman hingga ke malam,
berjalan tanpa hala tuju dan aku rasa itulah rutin remaja kotaraya.
Jahilnya aku dulu,
menghukum melulu, bercakap tanpa fikir, kata kata kasar jadi kebiasaan sehingga membuat ku seperti tidak punya pegangan.
Jahilnya aku dulu,
ibarat tin tak punya isinya.
memberontak tanpa sebab, muslimah hanya pada tudung.
Jiwa kosong.

Laila hailla anta, subhanaka inni kuntu minall zolimin

Jahilnya ku dulu tidak bermakna aku mahu jahil selamanya. 
Lantas di jahil itu aku bertemu tarbiyyah.
Tarbiyyah yang membawa diri jauh dari jahiliyyah.
Tarbiyyah yang menjauhkan aku dari semua perkara yang menjahilkan aku.
Subhanallah.

Perancangan Allah lebih baik.

hilang manusia, aku ketemu bahagia bersama Rabbku.
tapi aku tak pernah lupa,
jahilku umpama nikmat, nikmat yang mempertemukan aku dengan cinta sebenar benar cinta.
aku takkan lupa. Renjatan dosa membawa aku kepada asyiknya proses tarbiyyah.
tak mungkin sempurna, tak mungkin selalu kuat. 
kerana aku,pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.


Selamat Hari ke 471 wahai Tarbiyyah!



Sayonara Jahiliyyah!

nfhza.