Tuesday, October 30, 2012

Aqasha.

Kebanyakkan orang mau rupa sekacak Shahz Jaszle, secantik Neelofa. *euwwww.
Aku tak nampak mana cantiknya neelofa. Bagi aku dia biasa biasa saja. Shahz Jaszle mungkin, gaya macho persis lelaki maskulin ooo. Tapi ni mungkin pandangan aku sebagai perempuan. Hihihihi.
Ini cuma rupa luaran, macam mana rupa dalaman? Untuk sekadar minat mungkin kau akan lihat luaran tapi adakah bila kau minat Azad Jazmin or Wan Maimunah ianya dipanggil cinta?
Nahhh! No mate! :) its not love, its like.
Kau kena tau beza itewww.
Datanglah berjutaan body macam Malek Noor zaman muda, muka Aaron Aziz, suara bang Jamal Abdillah merayu pada kau, kalau kau tak cinta, mentah mentah je boleh tolak. Mungkin kalau terima pun, sebab kau gila femes,gila perhatian atau kau jenis baik taknak kecewakan diorang. Tapi takkot, zaman sekarang or zaman mana mana sekalipun, cinta sangat diangkat. Lihat zaman P. Ramlee buat filem, ade satu scene dalam cerita Bujang Lapol yang ade salah sorang penyewa rumah tuan timah,bergaduj sebab hutang kawin tak habis habis walaupun anak dah lima. Itu kerana apa? Cinta :)

Cinta tak kenal rupa, darjat mahupun apa kau.
Cinta itu rasa yang bukan senang senang kau dapat.
Ye, Cinta boleh disemai. Tak kenal makan tak Cinta :)

Kalau kau cinta setakat rupa semata, ataupun wang,ataupun pangkat, benda ni semua takde yang kekal. Binasa.
Sebab jika ini kau pandang, maka nya pasangan kau boleh cari yang lagi cantik, hensem lagi lagi dan lagi.
Betul ke tidak?

Memang asal sifat manusia, mahu benda cantik. Aku juga mahu. Baju cantik, jam cantik. Dan benda tu takkan kekal kan? Sebab akan ada selalu yang cantik.

Tapi ini berkaitan takdir Allah juga :)
Sejauh mana kau kejar, setinggi mana kau daki, kalau bukan untuk kau, takkan jadi hak kau :) cumanya, kita punya doa. Doa boleh merubah takdir tapi dengannya kau kena betul betul. Jangan kenal putus asa. InsyaAllah. Percaturan Allah cantik. Penuh hikmah.
Mungkin kau tak dapat yang pandai buat kelakar macam Zizan tapi kau dapat yang elok peribadinya macam Hafiz Hamidun, haa itu dah cukup baik.
Tuhan tak bagi semua yang kau nak tapi kau tetap dapat yang terbaik. DIA rancang dah elok.

Pakej dan kau harus bersyukur kalau dapat Secantik Heliza, sebaik Irma Hasmie luar dan dalam,serta ilmu agama yang cukup. Jangan persiakan untuk yang cantik cantik luaran, kelebihan dalaman lebih penting.
Siapa takmahu. Jadi, jagalah. Sebaik mungkin.

Aku percaya wanita akan tetap setia pada Cintanya biarpun si lelaki takde ape.
Cumanya bagi lelaki kalau dah ada semua, tak mungkin sang wanitanya cuma satu.
Fakta.

Dan biasanya kalau lelaki jenis itu, tak layak dapat apa apa. Dia boleh pergi mati.

Natijahnya kat sini. Setiap lelaki dan wanita layak dapat penghargaan tak kira lah rupa atau siapa dia. Dia punya hati.

Kalau kau nak orang hargai kau, buat lah benda sama kat orang.

Bagi yang tak berhati perut limpa tu, kena lah bersyukur, Tuhan tak balas apa kau buat jahat tu cash dah kira sangat beruntung, bawak bawaklah sedar diri.
Cakap saja tak guna :) buatnya tak.
Puiiii!

Karma will punch you back. Later.
Ketawalah kau sampai masa kau tiba.
Ketawa puas puas dulu ye.

Konklusi, cinta datang dari hati :)
Suci dan murni.
Jangan rosakkan dengan nafsu jahat kau.
Cinta tak jahat.Kau yang jahat.
Akai ada, pakai.

Dan buat Aqasha.
Aku Cinta kau.
Tulus dari hati.

*koma................................


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tanpa izin.

Aku pernah hantar tiga hasil jiwa aku ke satu publisher.
Saja cuba cuba.
Katanya ada balasan.
Maksud, sila cuba lagi ke apa ke.
Tapi tak.
Senyap.
Kalau keluar dimana mana tanpa izin.
Aku tak relakan.
Jawab sama DIA.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 29, 2012

Rasa.

Dalam banyak banyak.
Aku tetap benci Kau.
Dalam benci benci.
Kau paling keji.
Tak ada apa boleh ubah rasa ini.
Bukan aku yang bagi.
Kau sendiri semai sampai kebal begini.
Kau baja rasa dalam aku.
Tumbuh dengan membenci.
Sangat.
Cuma satu boleh lenyapkan semua.
Kasi aku hati kau.
Aku mahu cincang mati.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 28, 2012

Kalau aku kecamuk.
Aku lagi suka layankan.
Biar remuk habis habisan.
Biar sakit.
Biar rasa.
Biar sedar.
Sampai tak rasa apa dah.
Dan dari situ, aku puas.

Jangan salahkan aku.
Kalau ada yang berubah nanti.







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salah.

Salahnya selalu ke aku.
Emm.
Apa kau mahu apa aku mahu.
Aku taktahu atau aku takmahu tahu?
Atau aku tak faham? Atau itu atau ini?
Banyak sungguh persoalan.
Dan kali ini gaya seperti mencabar.
Aku boleh saja.
Sudah banyak kali, aku makan hati dengan hal ni.


Terima kasih.
Untuk salah ke aku itu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 27, 2012

Saja cakapcakap.

Taktahu nak saja cakapcakap apa.
Tersenyum jugak bila duk sorang sorang teringat cerita lama.
Tahap kegelian tu level nak muntah.
Haha.
Apa ke tett sangatlah.
Perangai tak matangnya.
Kebudak budakan sangat.
Sekarang better sikit kot.
Kot lah.
Macam mana boleh macam tu
Dam jadi macam ni.
Semua kelakar. Hahaha.
Kalau boleh nak undur masa delete.
Time tu memang rasa 'ohh advancenya aku,canggih,wow!'
Sekarang ingat balik rasa nak bunuhbunuh orang.
Hahaha.

Jadi moral dia. Nak buat pape sila pikir jangka masa panjang.
Biar boleh bawak tengok ke anak cucu.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 23, 2012

Fynn jamal.

Fynn Jamal
ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.
sungguh.
aku faham.

seperti tak ada logika bagi suami isteri itu terlalu cinta.
begitu serasi.
terlampau bahagia.
seolah obsesi.

ye.
aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang kampung.
dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"

kasar, abah ajar aku.
keras, dia tanam dalam aku.
tersiratnya--
kongsi cuma yang gembira--
pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka?
cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?
sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.

entah.

secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".
kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.
hakikatnya--
KITA adalah kawan kita sendiri.

usah menayang sayu.
apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"
itu.
cuma itu dapatmu.
paling2-- dibantu buat sementara.
masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

maka cuba.

cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita. tentang suami jahat, kakak ipar cilaka, kawan baik palat, abang kita derhaka.

cuba lebihkan bercerita bahagia.
BUKAN dengan bongkak--
kerana itu mmg haprak.
cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fynn jamal.

mencari senyum dalam mata itu,
mencari kasih yang pernah tersimpan buatku,
mencari harap di setiap tertembung malu,
mencari aku di dalam kamu seolah dulu.

mencari damai dari kejauhan yg dekat,
mencari rindu yang ku tanggung sarat,
mencari cinta yang kau tutup rapat,
mencari aku yang sedang tersiat-siat.

mencari kamu yang hilang di dalamnya,
mencari jiwa kau sembunyi tak bersuara,
mencari gagah untuk aku tumpang sama,
mencari aku yang kerananya jadi gila.

mencari dalam anak mata itu,
mencari aku,
mencari kamu,
yang dulu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 22, 2012

Private.

Selamat membaca amar.
Keep it secret.

Thank you.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Balik!

Yeay!!!
Kurang dari 24 hours.
I'm ready to kota bharu.
Yihhaaaa! :p





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 21, 2012

Kelakar.

Awak ni kelakar lah.
I was taken.
I was taken je kejenye.

Tergelak jugak.
Bangga sangat la konon.
Aheraher.
Awak memang tak kacau hidup saya pun.
Tapi saya merasa terpanggil nak ucap tahniah sebab buatkan saya geli hati.
Hihihihihihhihi.



I was taken to say thank you for you here. Hehehehe.

Thank you.







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 20, 2012

Tag.

Selfish. Tamak. Terpaksa.
HmmpHhh.
Aku tak tahu aku patut diberi label apa.
Cuma aku tahu ini disebabkan aku mahu kau.

Aku selfish sebab nak kau tanpa berkongsi.
Aku tamak mahu kau tiap masa.
Dan paling aku tak suka, aku terpaksa ikot semua bila aku sedar aku bukan siapa siapa.

Tag mana patut dilabel pada aku?
Bilamana aku terlalu sayang.
Bilamana aku cuma mahu kamu.
Apa ini normal atau aku yang mengikut hati?

Aku taktahu.
Salahnya akan ke aku.
Kerna mungkin aku yang merasa begitu.
Dan dia tidak.
Dan dengan sebab ini aku akan didiamkan.
Kesalahan itu akan tertimpa pada aku yang rasanya akan di tag tidak memahami.

Hmphhh.
Biarkan.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kadang.

Kadang kadang setiap perkara tu perlu kita diamkan.
Biar untuk kau tahu.
Biar untuk aku tahu.
Kadang kadang janji itu cuma janji.
Baik kita diamkan.
Diamkan sampai kalis.
Buat apa dikasi tahu kalau nanti salah balik ke kita?
Kita akan dinampak salah.
Kita perlu mengalah. Agaknya lah.
Adil ke?
Tak. Aku bukan mahu cari keadilan.
Aku cuma mahu kau tahu.
Tapi mungkin kau taknak tahu.
Aku diamkan.
Sampai lebam.
Sampai aku kalis.

Dan salah itu aku pasti akan berbalik pada aku.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 17, 2012

Malas -.-

Hati dah dekat sana.
Hati kat sini dah takde.
Nak balik nak balik.

Okay sabar.
Tunggu.
Sekejap lagi.
*kira jari.

Yeay!

Koma. Assignment berlambak. ;/
Sobss



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 16, 2012

Deactivated.

Dah deactivated facebook.
Bosan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perempuan.

Perempuan.
saya perempuan.
Apa yang anda tahu tentang perempuan atau erti kata wanita?

Pernah dengar disebalik kejayaan lelaki, dibelakangnya pasti ada seorang wanita.

Takkira lah apa statusnya.
Kan?
Emak, isteri, adik, kakak, gf, bestfriend.
Asalkan mereka adalah wanita.
Penyokong utama para lelaki.

Contoh, ayah disokong oleh mama.
Dalam apa jua situasi, mama tetap ada.
Ini paling senang.

Perkataan wanita lebih sesuai buat yang lebih dewasa.
Mungkin.

Berbalik pada perempuan.
Apa yang anda tahu?

Tentang spesis ini yang ramai kadang pandang sebelah mata.
Macam lagu kak nita kita, seksis.
*yang pernah suatu ketika jadi lagu tema pertandingan the tarik, erkk!

Asal bawak kereta lambat, perempuan.
Yang kuat membebel, perempuan.
Yang garang, perempuan.
Yang buat jahat, perempuan.

Orang tak nampak kadang sebab musibat terjadinya benda tu.

Cuba pikir, sebab apa dia bawak kereta lambat?
Selamat satu hal, lagi satu,kalau dia bawak macam semua lelaki yang tak sekolah bawak? Tak ke hancur jalanraya tu?
Diorang lebih kepada hati hati. Tapi kalau perlahan sangat tak boleh. Cipodah.
Kang laju salah, slow salah. tak semua perempuan camtu.
Prejudis namanya kalau samakan cara semua perempuan memandu.

Kedua. Sebab apa dia membebel?
Sebelum marah cuba kau orang fikir dalam dalam samaada pernah buat perkara tak betol ke tak.
Bebel tu nak bagi peringatan. Kalau kau still buat benda sama, perempuan pun tak larat nak marah marah selalu jadi bebel la bagus.
Bagi korang jemu and yang penting INGaT tapi selalu nak marah balik.
Cakap perempuan kuat bebel la apa la.
Kau tu tak faham bahasa.

Garang perempuan ni manja manja.
Takdenya dia nak garang takpasal.
Melainkan kau jenis tak reti nak faham dia.
Maksudnya dah cakap taknak kau buat jugak.
Memang tu la makan dia. Sekali marah, tengok singa ngan perempuan ni sama je. Beza perempuan kiut sikit.hihi.

Haa kalau pasal jahat. Ni lebih kepada dendam.
Disebabkan perempuan hati dia lembut, diorang tak suka diperkotakkatik kan. Kau buat jahat, tak mustahil dia buat jugak. Contohnya dendam. Takdenya kau tinggal dia bodo bodo, dia nak doakan kebahagian kau dengan hati terbuka. Tak eh tak. Sorry la.
Jarang sangat. Paling koman, dia doa kau kena game balik. Jahat kan? Tapi jahat kau lagi. Lagi satu,dia akan tunggu balasan karma kau sambil tersenyum.
Kau yang cari pasal memang padan lah.

Hati perempuan ni lembut.
Susah nak jangka apa ada dalam hati dia.
Kau bukak mata tengok mak kau je la.
Tu contoh terbaik.
Sakit macam mana pun anak dia buat kat dia.
Dia tetap maaf.
Takde sekelumit benci pun.

Macam tu juga perempuan yang bukan mak.
Dia susah give up.
Tak kenal erti tak.
Kalau nak, nak.
Sebab tu kadang kadang ada orang cakap perempuan ni leceh la apa la.
Tapi fikir la balik.
Perempuan jadik macam tu sebab dia sayang.
Kalau tak, takdenya dia layan kau.
Takdenye.
Sekali dia pergi, kau takkan dapat yang sama dah.

Bukan senang diorang nak nangis.
Untuk hal remeh ni buat buang air mata je.
Jangan ingat perempuan murah air mata.
Kecuali dia tu wan maimunah. Hahaha.
Paling simple. Menangis dalam hati.
Itu yang paling makan dalam.
Dan paling takboleh lupa.

Lelaki dan perempuan ni taksama.
Manade lelaki sampai tertido ha texting.
Jarang sangat. Time makan pun, lelaki cakap.
Tapi perempuan, kiri kanan cicah budu pun still texting. Kalau bulih masuk jamban pun nak bwak henpon.

Aku tulis bukan sebab nak cakap pasal perempuan je. Tapi entah. Apa motif entah aku tulis. Tapi cuma nak engkauorang tahu.
Aku punya pandangan sebagai perempuan.
Bukan berat sebelah tapi itulah.

Sebenarnya cerita ini agak tergantung.
Aku dah malas nak ulas.
Nanti sampai esok tak habis.
Jadi sampai sini ajelah.
Sebab diri terserang angin kus kus.

Lelaki dan Perempuan taksama.
Berbeza dari segi mental dan fizikal.
Dan TOLONGlah jangan nak pandang ringan yaa wahai lelaki.


Terima kasih. Selamat malam dunia!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 14, 2012

Susah la jika mau sendiri pun tak tahu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Langit.

Apa rasanya luncur dari langit?
Semacam apa?
Apa bebas seperti burung?
Terbang tinggi.
Megah.
Jika jatuh, pasti.
Berkecai.
Tak ada apa yang tinggal.
Yang ada.
Cuma.
Kenangan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Untuk kali ini.

Untuk kali ini.
Aku memilih untuk tidak bersuara.
Untuk kali ini.
Aku memilih untuk membiar.
Memilih untuk diperlaku apa saja.
Memilih untuk tidak berbuat apa apa.
Untuk kali ini.
Biar aku kalis.
Untuk kali ini.
Biar aku rasa semua.
Untuk kali ini.
Aku kumpul segala.
Moga segalanya mudah untuk aku lepaskan.
Untuk kali ini.
Untuk kali ini sahaja.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dugaan.

Semenjak kebelakangan ni, selalu dan sipi sipi mimpi benda bukan bukan.
Sampai ternangis,
Kadang tu bawak keluar mimpi tu.
Abis tangan merah. Kaki macam terseret. Pedih.
Sebab ape ye? Sebab tidur lasak sangat sampai g seret dinding tu? Ke ape?

Haritu ternangis. Sedih gila. Dapat rasa betapa sedihnya diri dalam mimpi tu. Bila sedar.
Ya Allah. Rasa sebak.

Tak cerita kat siapa pun. Taknak lagi berkesan kat hati.

Mainan syaitonnirrojim ni.
Tak habis nak sesatkan anak cucu Nabi Adam.
Nauzubillah. Lindingilah aku ya Allah.

kadang sebab tu, semangat cepat hilang. Kewarasan pun turun. Mula nak marah tak pasal, perangai pun persis tak sekolah.

Jangan ikutkan hati.
Doa dan selawat. InsyaAllah.
Mama selalu cakap.
Allah ada. Selalu ada.

Yang bermasalah tu kita. Lalai.

Astagfirullahalazim.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 13, 2012

Kalau saya cakap.
Yang saya ni seorang yang berbeza dahulu dan sekarang agak agak ada orang percaya?

Bila dahulu saya yang menjaga hati orang
Dah tak jadi seorang yang penjaga?

Kenapa saya berubah ke yang tak sepatutnya?
Dan saya rasa sangat teruk bila saya tetap begitu pada mereka yang saya sayang.

Teruknya.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rindu.

Kuatnya rindu dekat mama, ayah, sofea, iqin, sarah, akiff :(

Semua rindu.
Seminggu rasa macam lamanya.

Aku tabik kat orang dukkkkk jauhhhhhhhhh.
Kuatnya mereka. :/




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Don't speak.

ou and me
We used to be together
Every day together always

I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end

It looks as though you're letting go
And if it's real,
Well I don't want to know

[Chorus]
Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me 'cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me 'cause it hurts

Our memories
They can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening

As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

[Chorus]

It's all ending
I gotta stop pretending who we are,
You and me
I can see us dying, are we?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 11, 2012

Boys.

Dear boys, until the day u start having periods, have babies & watch the one u love be with someone else, you aren't as strong as you think.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 10, 2012

Fynn Jamal

Fynn Jamal wrote:

kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.

kawan macam ni, walau dia cuma ulang lawak nganjeng kawan2 lain (yang pada asalnya kelakar je)-- dtg dari dia-- entahlah. macam sial je bunyinya. mungkin sebab cara dia cakap. atau kita dapat rasa dia bukan menganjing tapi membahasa kita.

ya.
kita semua ada kawan macam tu.

tiba2 hari ini aku teringat kawan macam tu.
dan aku teringat nganjengan dia pasal kaki aku besar.

ye.
kalau kau perempuan, kau kena kaki saiz kecik.
kalau kaki kau besar, kau akan kena panggil ronald mcD sbb kaki kau bersaiz badut.

aku sebenarnya xde la defensiv sangat bab kaki.
sbb aku sedar aku orang darat (bahasa kampung untuk merujuk orang berumah hampir dengan hutan dalam)-- dan kami semua mewarisi kaki atok yang terleper kerana sedari muda sampai sekarang naik ke darat berkaki ayam.

"perempuan kaki besar rezeki murah", aku ulang cakap atok dulu kepada kawan aku tadi.

tapi macam biasalah.
komfem kena sambung nganjeng punya.
punya tak kelakor, sampai kawan2 satu meja mamak boleh senyap dan signal2 mata suruh sabar.

ya.
kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.

dan biasanya kawan yang macam ni memang kelebihannya banyak. lebih sikit. tak adalah ekstrim menawan. tapi lebihlah dari kita.
yang mana, dalam situasi ini, kaki dia saiz kecik.
memang perempuan sempurnalah saiznya.

jadi, kita nak buat macammana.

aku teringat Survivor 6 di mana pemenangnya (seorang perempuan cantik) mengadu dan mengeluh "ingat senang ke jadi cantik-- asyik kena judge, tau".

ya.
jadi cantik itu satu kekurangan.
moga2 akan ada jabatan mendaftarkan kecantikan sebagai kekurangan upaya agar golongan ini boleh mendapat perhatian lebih atas halangan hidup mereka.

haih.
kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.
tapi kita diamkan.

kan?

ada batas nak buat lawak menganjing.
melawaklah ttg peristiwa, tentang perangai, tentang benda2 yang wujud kerana situasi-- BUKAN atas sesuatu yang memang tuhan dah bagi.

lawak2 gemuk, juling, hidung jongket, kaki tempang TAK PERNAH kelakar.

serius.
mungkin kau tak tau.
maka aku khabarkan.

itu tak kelakar.
itu sial, namanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SuperHero!

Akiff sangat cool!

Comelnya rasa nak kunyah kunyah.
Rindunya!!! :'(

Jahat pksu ed buat rambut akiff gni -.-
Pesen budak nakal.
Takpo, biar akiff mudo sket.
Kecek po ore tua dah.

Hihihi.

Akiff!!!! Kakak rindu!
Muah muahhhh



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 9, 2012

Demam :/

Seperti tahun yang sebelumnya
Aku demam time time camni.
Ingat lagi waktu tu bola tengah kecoh.
Piala suzuki kot.
Sebabkan demam, aku takdapat tengok final Malaysia vs Indon sebab tahap demam yang tak mengizinkan.
Boleh cakap aku surrender awal.

Susut jugak la masa tu.
Hahaha.
Sebab kempunan, aku pergi Malaysia vs Bahrain kemudiannya yang dimananya Malaysia mendahului dan ditinggalkan tak sampai 6 min, Bahrain dah 3 gol.
hangin jugak time tu.
Time tu je la.
Semangat.

Taknak cerita tu.
Sekarang tengah kehilangan fungsi bau bauan serta rasa.
Nak makan semua benda tapi tak habis.
Nak macam macam dan ikot nafsu.
Jangan ana, jangan.
Simpan duit buat beli furby :)
Eh!

Hahaha.

Dannnnnnnnnn
Ubat lah yang aku akan makan paling last bila demam ni aku dah taknak.

Sebab sakitkan penghapus dosa :)

Hehehe. Semoga cepat sembuh ana.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semanis extrajosss.

Hahaha.
Rindu extrajoss yang baru tadi digogok.
Nikmat. Dan manis. Hihihi.

Nak cakap manis bila awak panggil nama penuh saya :)

Hewhewhew.

Bagai terbang ke awan sambil nari poco poco. Hihihihi.


Masa untuk tidur. Noonnight!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 8, 2012

Longggggg day.

What a tired TENGOKMUKABANGLADANMATINDON day -.-

Hari ni sangat panjang, after class rushing pergi berebut kutip kat diskaun pelajar.
Alahai. Kutip? Macam sedih je.hihiihi.

Dengan ini saya istihar mampu untuk bebas ke seberang borneo. Wuhuuu!

50 peratus yawww diskaun :)

Untuk barang paling saya cintai iaitu buku pun saya boleh selalu usha usha serta ngorat dan memiliki :)

Nikmat. Alhamdulillah.

Okay dah.
Pergi dubu dubu dekat midvalley menaiki train :)
Sangat independet. Huhu.
Kelakar dan best.
Taktahan tengok lawak kawan kawan.
Persis show running man nak berkejar naik train. Hahaha.

Letih.
Berjangkit selsema bangla dalam train yang bersin mengalahkan speaker pembesar.
Bingit.

Hahaha.
Bau takpayah cakap.
Boleh bawak terencat.

Alhamdulillah masih sihat dan waras :)

Arghhh! Letih dan esok present ctu.

PLURALISTIK?

Adohaii.
Sobss.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dubu dubu :)

Boleh tahan jugak rasa dia :)
Sedap dan banyakkkkk!

Makan sambil gosok perut. Hahaha.
Some part of our assignment kena buat food review on korean food.

Berbaloi dengan harga.
Yang penting.

Happy tummy! :p

Ohh yeah!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cakap cakap.

I randomly taip apa saja yang ada putar dalam minda.
Kadang tak kaitan dengan siapa siapa pun.
Kadang luahan. Sakit hati saya dan sakit hati orang.
Kadang drama yang saya imaginasikan sendiri.
Tapi semuanya tentang hidup.
Kan?
Tapi ini cuma random. :)

Bukan pasal awak pun.
Pasal hati saya yang rasa.


Hewehwhehwhw



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saya hensem.

Bukan setiap perkara yg istimewa mahu/boleh dikongsi. Ada yg cuma perlu kita sendiri mengetahuinya.




Hensem tak? Hihihihi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lecak.

Tak sedar bercakap depan lecak, last last lecak terpercik kat muka sendiri. :)

Tepuk dada, tumbuk muka.
Bagi sedar sikit.

Hahaha.


Sekarang ni aku rasa nak tumbuk kau?
Boleh ke tak boleh?
Apa pun kena boleh.
Suatu hari nanti.
Boleh punya.
Tunggu.

untuk kau pulak, tolong sila jangan nak bangga dgn diri.
Belum tentu dia selalu baik dgn kau.
Belum tentu.
Si cirit. Taknak buang merata.
Sesuailah dengan kau. Kutip je.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 7, 2012

Red velvet.

Rasa nak makan red velvet.
Sedapnyaa.
Huhuhuhuhu




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penguin.

When a penguin finds its mate, they stay together for the rest of their lives. Love your penguin!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:/

I miss you Mama.
I need you Mama.
Please hugs me.


Mama, saya nak pergi. Takmo duk sini.


Mama, rindu :(



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:)

To move on, I have to be strong. To be strong, I have to be happy. To be happy, I have to love like I haven't been hurt.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Haritu punya malam.

Bertemankan lampu ayam bertemakan romantik.
Mengisi masa takmau tidur dengan penghayatan buku.
Acisss. Sakit mata. Merah sangat lampunya.
Dah semacam malam tahun baru cina.
Eh!
Kata Kawan, lampu ni cun, romantik gedik gedik.
Feel feel perempuan melayu terakhir,
Tapi aku rasa lampu ni macam pancarkan darah. Merah semacam yang nak buat aku campak keluar.
Sakit mata gila. Pening pening kobau haa.
Tutup lampu. Berdengus tanda protes.
Okay tidur. Esok pembelajaran sejarah.
Alahaii enaknya subjek saya.zzzz





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Random.

Aku alah pada
Orang yang tak reti nak reply pesanan ringkas.
Paling alah kalau benda tu soalan dan perlu jawapan.
Pesanan ringkas je.
Tak susah.
Lagi hangin bila tau dia boleh berpesanan panjang dengan yang bukan bertanya soalan.
Cuba lah samarata. Tak dengki, tapi sakit hati. bila pula masa dia, nak orang cepat cepat.
Cipodah!






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 6, 2012

Fynn Jamal

Fynn Jamal wrote:

5 tahun lepas, malam2 pekat macam ni,
aku sarat diulit tulisan ranap hancur.

kini, malam2 pekat macam ni,
aku sarat dengan lampin bocor.

haha.
beautiful.

siapa tahu ke mana taqdir bawa kita.
;)

terima kasih, rabbi.

moga2 kalian sabar dengan ranap hancur kalian.
sabar dan tunggukan 5 tahun kamu.
sabar--
dan kutip habuan untukmu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fynn jamal

-Gadis Bijak Yang Disampahkan-

jika kau tak izinkan aku menjahit tubuhmu pada aku, sila beredar.

andai kau tak relakan aku menyimpan bulan dibilikmu, sila keluar.

jika kau tak kalihkan aku memejamkan matamu tiap waktu, sila pergi.

andai kau tak redhakan aku merangkulmu tanpa jemu, sila mengerti --

rasa posesi ini bukan semata buta-buta,

rasa milikan ini bukan semata dusta-dusta.

silapkah cemburu? salahkah cintakan kamu? bodohkah keyakinanku? apakah aku tak malu?

tersiat-siat seperti kertas dikoyak-koyak walau sekadar embun menyentuh jarak, disiang-siang seolah ikan dipotong-potong meski hanya angin menghembus kosong
.
mengapa kenapa? mengapa saya?

aku takut dilupakan, kerana itu. aku takut hilang, persis dahulu.

kewujudan yang tidak lain tahu. keberadaan yang sentiasa dikelambu.

tuhan, padamkan cinta aku pada manusia, kerana ia menyiksa aku.

tuhan, yakinkan aku, dzat aku ini tak sepenting mana, yang ku kononkan pada jiwaku.

aku ini perempuan, sebijak mana pun aku, harus menjaja menjual cinta.

By Fynn Jamal
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.