Wednesday, December 28, 2016

twenty seventeen.

hehh.

ni adalah post super-boring-tak-tahu-nak-buat apa. so dia akan lebih kepada meluah perasaan.
tak best la selalu berayat jiwang khennn.
sebenarnya rindu nak beblog. tulis pastu baca. (baca sendiri ehhh bukan suruh orang lain)
dan memang blog ni untuk aku sorang pon, tiada dua mahupun tiga. tapi kalau orang lain baca tu hai.
tolonglah biasakan dengan typo eh. sebab kalau kita buat ayat mengelitis (baca: puisi -eiii kononnya) hahaha kita akan cek balik ejaan. tapi if macam ni biarlah dia bersifat semula jadi (walhal malas nak betulkan sebenarnya)

macam tak percaya sebenarnya tinggal beberapa hari lagi nak 2017. sebab macam baru semalam berkobar kobar dalam hati nak selalu update blog. kahkahkah.
 kita sedih sebenarnya sebab macam banyak lagi tak tercapai. sebagai contoh, move on. hahahahahahhaha

gurau je lah. gila ke tak move on lagi. ape nak tunggu berkudis baru move on? *tangan ke bahu sambil mulut serot.

kita dah ada blog lamaa tau dari zaman sekolah menengah tapi atas sikap yang tak matang asal patah hati je kita delete asal patah hati je buat blog baru padahal dulu kita ni kelakar tau kalau menulis. orang cakap la.

tu la hari kali ni matang sikit. sikit pon jadi. hahahaha

susah sebenarnya nak mengharungi fasa fasa menyakitkan dalam hidup ni.
dia macam kau tak nak ingat pun tapi rupanya bertahun  tahun kau simpan.
dan aku macam tu lah.
kau kena tahu, satu patah kata " aku minta maaf" tu ibarat boleh merobek robek hati yang keras.
dan benda tu lah yang aku paling tunggu.
bertahun tahun aku bawak rasa ni.
rasa yang aku sendri pon tak tahu macam mana nak hilangkan.
hati aku sakit.
remuk.
kecewa.
semua orang cakap dan semua orang nampak status bodoh aku, gelak jantan aku tapi dalam ni,
dalam hati ni.

 hancur.

hari hari. tak pernah satu hari pun aku tak ingat kau.
apa kau buat, apa yang pernah kita gelakkan.
jelas betul dekat mata aku ni walaupun sekarang aku tengah struggle nak bangun balik.
dan aku tak tahu, apa salah aku.
bertahun tahun. macam tu je.
kawan kau yang pernah jadi kawan aku pon hilang.
aku sendiri tak tahu macam mana nak tolong diri aku.
tak ada sikit pon niat nak kau balik tapi aku macam terperangkap dengan benda ni lagi.
tak nak tolong ke?
aku tahu,
dulu aku menulis sebab kau.
sebab apa yang kau buat aku rasa sampai semua ayat ayat aku terhenti masa kau kata kita stop kat sini.

dan lepas tu hidup aku totally berubah.

dan untuk tahun twenty seventeen ni kan aku tak harap apa pun,
aku cuma nak jumpa dengan orang yang boleh buat aku gelak dan buat aku rasa apa yang aku dah hilang.
i just want to be happy, without you.


aku doa kau bahagia, dunia dan akhirat.



yang benar,
ana baiduri.


tapi jangan la perasaan semua puisi aku untuk dia. 
ade juga la untuk crush. kahkahkah.


Tuesday, December 20, 2016

Dan jika kau baca ini.

Ternyata menginginkan kamu adalah salah buat aku.

Bingung aku mikirkan bagaimana punya rasa pada kamu
Padahal sebelum ini, menyebut apa jua berkaitan kamu aku tak pernah sekali mahu.

Sudah lama tak aku rasakan suatu rasa yang dah lama aku tak mahu rasanya lagi

Aku harap rasa itu mampu dibendung sebelum ianya jauh menyasar dan meluka jiwa aku lagi

Maka aku doa, moga kau selalu dilindung Dia, dan dipertemukan cinta secepatnya untuk aku tidak terus menyimpan harap dan berkira mahu menitip pesanan berbau rindu buat kamu.

Teruslah menjauh dan wahai jiwa, kuatlah, dia bukan untuk hati kamu.


7/8/2016

Saturday, November 12, 2016

Nota 1.

Aku tidak tahu mengapa beberapa hari ini
 ingatan aku pada kamu begitu kuat 
Pegun aku lihat dinding
Tak lagi menuturkan warna putih
Yang ada cuma wajah kamu pada setiapnya
Wajah yang disertai rasa sebu pada hati aku
Aku sudah terlalu jauh kan membawa bayang kamu? 

Ogos Sembilan Dua Kosong Enam Belas.







Buat kamu kamu yang pernah 'kenal' aku sebelum ini, 
Tulisan tulisan aku  bukan lagi berkait 'dia' 
Ianya cuma random perasaan
 yang aku garap membentuk satu momen 
Yang mungkin aku kenang 
Bila tua. 

Friday, November 11, 2016


" Jika wajah yang membuatkan kau jatuh cinta , bagaimana cara kau mencintai Allah yang tak berupa ? "





Sent from my iPhone

Intuisi.

Sudah keberapa purnama entah.
Ia tetap mengingatkan aku pada setiap ghuyur hujan yang aku lalui hari hari tidak punya sedikit pun tanda mahu berhenti. 
Sedangkan.
Burung burung sudah seperti biasa, 
Bebas terbang menyanyikan lagu bahasa cinta,
Yang sedikit pun tak punya makna.
Namun, 
Indah dan menenangkan. 

Lalu angan angan itu langsung kacau.
Rindu terus pada kota bingit dan

Sent from my iPhone

Friday, August 5, 2016

pecah!

hari ini
hati aku remuk
untuk keberapa kali entah

bertanya aku sendiri pada diri
apa lagi aku mahu untuk hati terus berdiri tanpa sedikit pun benci
tanpa secalit ruang merindu

aku pikir ianya buat kamu
kerna setiap nota ingatan diri itu telah aku buang jauh
terusan aku cari lalu buntu
rupanya segala kata ini untuk aku

yang rasanya remuk pada diri sendiri
yang tidak tahu bagaimana mengubat hati

yaa
aku rindu
aku rindu aku yang dulu

Thursday, January 14, 2016

2016

hari ini sudah tahun keberapa entah
tidak ada lagi fasa fasa ampuh
kondisi yang mana kamu masih teguh
ya teguh disitu
pada hati aku

berita tentang hari bahagia kamu tentunya membahagiakan aku
bunyinya langsung seperti berpura kan?
tapi ikhlas, benar aku bahagia

bila mananya kamu sudah ketemu sama bahagiamu
bahagia yang aku doakan terus dengan kamu.

aku bukan lagi aku yang dulu

fasa aku sudah terlalu jauh berputar
berputar menjadi wanita perkasa yang bahagia dengan setiap bahagia manusia.

percuma saja mahu terus ditangga sama bukan?

ya aku juga mahu jadi wanita paling bahagia.

bahagia dengan segala aturan Tuhan.
yang selalu bikin teruja pada bangun pagiku lalu tersenyum indah dengan setiap pandangan luar tingkap kereta.


Januari Empat Belas Dua Kosong Satu Enam.