Tuesday, December 17, 2013

ath-thalatha': 13. Safar 1435

Sobahul Khair!

Alhamdulillah,

saya ingin kongsi satu cerita yang saya baca di fb bercinta selepas nikah,
" cinta itu mengajar kita memaafkan, sebagaimana semalam kita melakukan dosa tapi Allah tetap menghidupkan kita keesokan harinya"

Hmmm. berair kejap mata.

jadi jum kita sematkan (amboi bahasa) dalam hati,
kita hidup kerana Allah Ta'ala.Lillahita'ala.
kuat kuat kuat. selalu istigfar, in shaa Allah, dalam setiap apa yang kita lakukan, kita akan rasa kemanisannya.Allah Maha mendengar, malah Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Dari Anas RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, sepanjang engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni dosamu dan aku tidak perduli. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku maka Aku pasti akan mengampunimu. Wahai anak Adam seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan-kesalahan sebesar bumi kemudian engkau bertemu denganku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatupun maka Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (Hadits Arbain no 42, hadits hasan shahih diriwayatkan oleh At Tirmidzi)

perbanyakkan istigfar. 
Astagfirullahalazim.

Moga moga kita sentiasa diampunkan Dia.

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110)

 masa saya tengah menulis ni, bos saya dalam ofis tu tengah merenung saya ibarat helang nak menyambar ikan. haihh. susah tau rasa macam terpenjara. astagfirullah. moga moga dilindungi Allah.

Salam Alaik.
Fi Hifzillah.


Monday, December 16, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT

dah lama rasanya tak update. takde idea.
kali ni. dengan niat dan semangat baru. 
saya dah decide untuk tidak delete entry yang lalu,
dan akan buka untuk sesiapa saja.
perkongsian ilmu. in shaa Allah.
kalau ada yang mungkin menyinggung atau mengganggu.
saya mohon maaf.
setiap kata kata saya datang dari hati.
"kalau ikot hati,mati"

saya tak nafikan itu. 
tapi yang terkandung dalam entry lalu hanyalah idea spontan dari saya yang KONONnya ingin dibukukan.
jadi saya simpan disini.

yang baik sebagai panduan yang tidak sebagai pengajaran.

Salam Alaik.

moga Alllah merahmati kamu.
amin.

in shaa Allah. setiap entry akan datang adalah penkongsian ilmu.

semoga dipermudahkan. Bi iznillah.



Saturday, August 17, 2013

:)

Ayah is cute when he keep calling me just to ask 'how's work?'

I'm Daddy's little girl :')
(Little jadahnya dah besor panjang!, eldest pulak tu. Hihihi)
Feels like I just start school for the first time. Hihihi.

First day of work and its very challenging.
Gahhhh. But now, i think to unemployed again. Hahahahahaha. *risaunya.

Okay, I nak mikir what to do.

Moga dipermudahkan :) amin.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 9, 2013

Tak.

Kadang kadang bukan senang untuk kita lupa.
Setiap rongga luka yang tercarik, pasti ada sekecil kecil selumbar yang tertinggal.

Mana mampu untuk kita terlalu jujur pada diri sendiri bilang
"Takpe, aku dah lupa apa kau buat"
"Aku tak amek hati pun (sambil senyum)"

Paling tidak tu sebenarnya langkah sejukkan hati.
Macam kau buat kek, kalau kau terus potong tak tunggu sejuk, hancur lah.
Orang putih kata "good things comes to those who wait"
And it takes time.

It takes time.

You know. It takes time.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 8, 2013

.

How can I forgive you?

Sebanyak mana aku cakap,
Selama mana aku tanggung.

Aku tetap tak boleh.
Nak maafkan kau tanpa rasa benci.

Dah cuba buang tapi perit dia macam baru lepas sapu ubat kuning kat luka jatuh melecet.

Tiap kali aku ingat buat aku makin benci.
Tiap kali aku ingat buat aku makin cari.

Apa salah aku ke kau sampai tahap ini kau bagi aku?

Aku tak mampu nak tahan rasa nak salahkan kau, apatah lagi dengan diri aku sendiri.

Macam bodoh. Macam tolol.

Kalau kau baca, aku cuma minta satu.

Datang sini, aku mahu cakap.
Kau dan aku.
Dan.
Kasi juga aku untuk tampar kau, paling simple.
Supaya aku sedikit lega.

Lepas tu kau boleh pergi emmm.
Aku malas sebut.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.