Monday, November 17, 2014

#8

For a short time, i thought you were mine, i believed in your smile, i fell for the lies, then i realized I've been stupid for a long time.

6 september 2012

#7

Aku tengah kumpul bahan.
Nanti suatu hari.
Kau akan dapat pegang satu buku.
Tertulis nama aku.
Di muka depan.
Aku janji.

5 september 2012

#6

Bila fikir fikir macam tak percaya
Bermula dari orang asing dan kini antara yang terpenting :)

Aku kagum pada kamu
Bikin hati kaget tak tentu
Biar aku jadi diri aku
Biarpun aku secomot comot dungu
Malu kau tahu?

Aku tabik pada kamu
Selalu sabar untuk aku
Biar aku perangai serupa hantu
kau cuma kata takpe aku tunggu '

Kau bikin aku gelak time mahu marah.
Bukankah itu terlalu manis?
Hhihihihi.

Percayalah. Aturan Allah itu cantik.
Sebab itu kita bertemu.
Alhamdulillah.

Moga masanya cepat tiba :)

3 september 2012

#5

Tik tok.
Jam denting berbunyi.
Tik tok.
Masa terus berputar.
Kita makin meningkat usia.
Makin tua.
Kudrat kadang tak mampu nak tampung.
Tik tok.
Nanti bila tiba waktu tu nanti.
Kita selamanya pergi.
BertemuNya.
Itu pasti.

2 september 2012

#4

Untuk setiap saatnya.
Aku bersyukur.
Alhamdulillah.

Untuk setiap kekuatan Kau beri.
Untuk setiap kebenaran Kau tunjuk.
Untuk setiap semangat Kau titip.
Untuk segalanya.
Alhamdulillah.

Tidak pernah Kau jauh.
Cuma aku, tak mengenang budi.
Tidak pernah Kau hampakan.
Tiap lambatnya, tiada terjadinya sesuatu
Disebalik itu aku nampak kebaikan.
Aturan Kamu cantik Ya Tuhan.

Terima Kasih Allah.
Untuk cinta ini.
Untuk sayang ini.
Untuk kasih ini.
Untuk kekuatan ini.
Untuk segalanya yang Kau beri.
Alhamdulillah.
:')

29 august 2012