Its not easy to trust someone isn't? Yaa.Aku punya kesukaran itu.Setelah jiwa hati mata dan rasa aku.Dibakar bunuh rompak siat bedal kelar secara paksa dan terpaksa oleh kau kau dan kau.Takpernah senang.Susah hidup aku.Sebab selalu kena lap sapu kesat bekas bekas yang kau tekapkan.Aku takmahu manusia macam kau hidup dalam dunia aku.Pergilah. Pergilah mati.Tawar juga hati aku pada manusia yang baik untuk sementara.Itu pembunuh utama.Bila dengan dia aku lumurkan segala.Aku bercerita tentang aku.Kau ingat senang untuk aku mula?Yaa aku tahu kau bosan dengan aku.Dengan sedihnya bahagian aku.Tapi apa kau tak nampak kau dapat kepercayaan itu?Kau dapat yang aku tak buat pada orang lain?Kau tak nampak?Kau kata itu ini begitu begini.dan aku dapat tahu.Kau baik juga dengan yang sebelah sana.Bukankah itu seperti dikhianati?Kau sama seperti mereka.Dan aku tak mahu kamu.Aku rela hilang kawan dari hilang kepercayaan.Sekurangya aku masih sanjung kebaikan kau pada aku sedikit masa lalu.Aku tak salahkan kau.Salah aku.Bikin kau bosan sama aku.Persahabatan seharusnya lebih manis bukan?Aku janji ini yang terakhir.Aku cuma punya separuh bahgian kepercayaan.sepenuhnya aku dah bagi pada DIA.Lebih2 aku samarata pada kau dan kau.Rate tertinggi untuk keluarga besar.Seterusnya kau dan kau.*boleh dibilang jari.Maafkan aku yang buat hidup kau begitu.Tapi jangan lupa, apa dah kau buat pada hidup aku.Terima kasih.
8 september 2012
Kau tahu?Handphone aku dah macam aku.Hang.Selalu je buat masalah.Kadang blackout tetibe.Putih tak pasal.Ibarat aku handphone, orang sekeliling aku ni tuan punya.Apa mereka bengang serta marah tak?Marah.Sebab aku pon hangin bila handphone buat hal.Rasa nak nangis pun ada.Sebab dia akan mati bila bila masa.Macam aku.
13 september 2012
Bukan setiap masa aku punya ide untuk tulis.Dari hati. Dari rasa. Jujur.Susah kau tahu. nak tulis apa kita sedang rasa atau cuba rasa.Takkan boleh.Macam kena makan macam macam lepastu kena food poisoning lalu muntah. Macam macam kan?Sebab itu, kalau aku punya ayat.Punya cerita. Secara randomnya.Saat itulah segala kejujuran hati,aku muntahkan. Dan kau boleh lihat kebanjiran sisa sisa dari hati yang terkeluar.Kadang manis kadang busuk.*nama pun SISA
7 september 2012
Aku selalu fikir.Kenapa apa yang aku harapkan.Aku tak dapat.Perfume aku sembur, taik juga diberakkan.Aku selalu fikir.Kenapa aku tak bersyukur dengan apa aku ada.Tak. Aku bersyukur cuma aku tak dapat apa aku mahu, sebab tu mungkin aku selalu persoalkan segala.Aku selalu fikir.Kalau Tuhan tak kenalkan aku pada yang lepas, aku takkan belajar mana silap aku.Aku takkan tahu apa kuasa aku ada.Aku takkan setabah ini. Kuat malah gagah.Takkan bukan?Aku selalu fikir.Tuhan punya rencana. Aku kena terima.Sebab Tuhan maha Adil. DIA tahu.Apa betul dan tidak untuk aku.HambaNya. Yang Sekecil kecil manusia.Aku selalu fikir.Biar Tuhan balas segala apa bentuk jisim kau bebankan pada hati dan jiwa aku.Biar nanti kau tahu.Susahnya jadi aku.Sakitnya setiap bangun aku.Biar kau rasa.Dan aku bersyukur tak terkirahingga aku mahu kata,Untuk setiap yang DIA beri hari ini sudah terlalu cukup.Aku malu untuk meminta lebih. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.
7 september 2012
Bangga aku punya kamu.stranger yang aku harapkan.Stranger yang boleh diharapkan.Nilai kamu besar bagi aku.Dan aku tahu, aku juga terlalu bernilai buat kamu.Aku rasa.Terima kasih untuk segala.kau memang layak untuk aku banggakan.Kau kesayangan tetap aku.Dan juga kegemaran keluarga besar aku.Bukankah itu sudah terlalu bagus?Terima kasih Tuhan.
6 september 2012