Friday, September 7, 2012

Bersyukurlah.

Aku selalu fikir.
Kenapa apa yang aku harapkan.
Aku tak dapat.
Perfume aku sembur, taik juga diberakkan.

Aku selalu fikir.
Kenapa aku tak bersyukur dengan apa aku ada.
Tak. Aku bersyukur cuma aku tak dapat apa aku mahu, sebab tu mungkin aku selalu persoalkan segala.

Aku selalu fikir.
Kalau Tuhan tak kenalkan aku pada yang lepas, aku takkan belajar mana silap aku.
Aku takkan tahu apa kuasa aku ada.
Aku takkan setabah ini. Kuat malah gagah.
Takkan bukan?

Aku selalu fikir.
Tuhan punya rencana.
Aku kena terima.
Sebab Tuhan maha Adil. DIA tahu.
Apa betul dan tidak untuk aku.
HambaNya. Yang Sekecil kecil manusia.

Aku selalu fikir.
Biar Tuhan balas segala apa bentuk jisim kau bebankan pada hati dan jiwa aku.
Biar nanti kau tahu.
Susahnya jadi aku.
Sakitnya setiap bangun aku.
Biar kau rasa.

Dan aku bersyukur tak terkira
hingga aku mahu kata,
Untuk setiap yang DIA beri hari ini sudah terlalu cukup.
Aku malu untuk meminta lebih.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: