Tuesday, October 16, 2012

Perempuan.

Perempuan.
saya perempuan.
Apa yang anda tahu tentang perempuan atau erti kata wanita?

Pernah dengar disebalik kejayaan lelaki, dibelakangnya pasti ada seorang wanita.

Takkira lah apa statusnya.
Kan?
Emak, isteri, adik, kakak, gf, bestfriend.
Asalkan mereka adalah wanita.
Penyokong utama para lelaki.

Contoh, ayah disokong oleh mama.
Dalam apa jua situasi, mama tetap ada.
Ini paling senang.

Perkataan wanita lebih sesuai buat yang lebih dewasa.
Mungkin.

Berbalik pada perempuan.
Apa yang anda tahu?

Tentang spesis ini yang ramai kadang pandang sebelah mata.
Macam lagu kak nita kita, seksis.
*yang pernah suatu ketika jadi lagu tema pertandingan the tarik, erkk!

Asal bawak kereta lambat, perempuan.
Yang kuat membebel, perempuan.
Yang garang, perempuan.
Yang buat jahat, perempuan.

Orang tak nampak kadang sebab musibat terjadinya benda tu.

Cuba pikir, sebab apa dia bawak kereta lambat?
Selamat satu hal, lagi satu,kalau dia bawak macam semua lelaki yang tak sekolah bawak? Tak ke hancur jalanraya tu?
Diorang lebih kepada hati hati. Tapi kalau perlahan sangat tak boleh. Cipodah.
Kang laju salah, slow salah. tak semua perempuan camtu.
Prejudis namanya kalau samakan cara semua perempuan memandu.

Kedua. Sebab apa dia membebel?
Sebelum marah cuba kau orang fikir dalam dalam samaada pernah buat perkara tak betol ke tak.
Bebel tu nak bagi peringatan. Kalau kau still buat benda sama, perempuan pun tak larat nak marah marah selalu jadi bebel la bagus.
Bagi korang jemu and yang penting INGaT tapi selalu nak marah balik.
Cakap perempuan kuat bebel la apa la.
Kau tu tak faham bahasa.

Garang perempuan ni manja manja.
Takdenya dia nak garang takpasal.
Melainkan kau jenis tak reti nak faham dia.
Maksudnya dah cakap taknak kau buat jugak.
Memang tu la makan dia. Sekali marah, tengok singa ngan perempuan ni sama je. Beza perempuan kiut sikit.hihi.

Haa kalau pasal jahat. Ni lebih kepada dendam.
Disebabkan perempuan hati dia lembut, diorang tak suka diperkotakkatik kan. Kau buat jahat, tak mustahil dia buat jugak. Contohnya dendam. Takdenya kau tinggal dia bodo bodo, dia nak doakan kebahagian kau dengan hati terbuka. Tak eh tak. Sorry la.
Jarang sangat. Paling koman, dia doa kau kena game balik. Jahat kan? Tapi jahat kau lagi. Lagi satu,dia akan tunggu balasan karma kau sambil tersenyum.
Kau yang cari pasal memang padan lah.

Hati perempuan ni lembut.
Susah nak jangka apa ada dalam hati dia.
Kau bukak mata tengok mak kau je la.
Tu contoh terbaik.
Sakit macam mana pun anak dia buat kat dia.
Dia tetap maaf.
Takde sekelumit benci pun.

Macam tu juga perempuan yang bukan mak.
Dia susah give up.
Tak kenal erti tak.
Kalau nak, nak.
Sebab tu kadang kadang ada orang cakap perempuan ni leceh la apa la.
Tapi fikir la balik.
Perempuan jadik macam tu sebab dia sayang.
Kalau tak, takdenya dia layan kau.
Takdenye.
Sekali dia pergi, kau takkan dapat yang sama dah.

Bukan senang diorang nak nangis.
Untuk hal remeh ni buat buang air mata je.
Jangan ingat perempuan murah air mata.
Kecuali dia tu wan maimunah. Hahaha.
Paling simple. Menangis dalam hati.
Itu yang paling makan dalam.
Dan paling takboleh lupa.

Lelaki dan perempuan ni taksama.
Manade lelaki sampai tertido ha texting.
Jarang sangat. Time makan pun, lelaki cakap.
Tapi perempuan, kiri kanan cicah budu pun still texting. Kalau bulih masuk jamban pun nak bwak henpon.

Aku tulis bukan sebab nak cakap pasal perempuan je. Tapi entah. Apa motif entah aku tulis. Tapi cuma nak engkauorang tahu.
Aku punya pandangan sebagai perempuan.
Bukan berat sebelah tapi itulah.

Sebenarnya cerita ini agak tergantung.
Aku dah malas nak ulas.
Nanti sampai esok tak habis.
Jadi sampai sini ajelah.
Sebab diri terserang angin kus kus.

Lelaki dan Perempuan taksama.
Berbeza dari segi mental dan fizikal.
Dan TOLONGlah jangan nak pandang ringan yaa wahai lelaki.


Terima kasih. Selamat malam dunia!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: