Wednesday, November 28, 2012

Keji.

Aku paling suka bahas tentang cinta.
Bahas antara hati sendiri. Haha.
Kadang aku masih tak faham makna tulin nya.
Yang aku tahu cinta itu asyik.
Nikmat dan indah jika benar landasannya.
Tak tertumpu pada cinta manusia sahaja.
Paling jelas, cinta kita pada Dia.
Hebat bukan.

Tapi aku lagi suka bicara tentang manusia sebab banyak gayanya.

Sebab cinta kita boleh pilih mahu menjadi semacam apa.
Pada manusia kita boleh lihat jika sang arjunanya hanya tahu bermain kata tapi hati tarak jaga. Itu namanya taik.

Cinta itu nikmat dan indah.
Boleh jadi kotor dengan sekali cara.

Cinta tak berubah.
Manusia yang berubah.

Aku kenal seorang wanita bertuah ni,
Punya lelaki yang sangat menghormati wanitanya. :')
In shaa Allah. Hingga akhir hayat.

Wanita dijadikan sebaik baik kejadian.
Bukan dari kepala untuk diangkat,
Bukan dari kaki untuk dipijak,
Tapi dari rusuk kiri untuk dilindungi,
Dekat dihati untuk disayangi.

Hargai wanita anda.

Isteri dijadikan dari rusuk kiri imamnya.
Syurga pula dibawah tapak kaki ibu.
Disebalik kejayaan seorang lelaki,pasti ada seorang wanita dibelakangnya.

Aturan dan kejadian Allah itu cantik.
Hiasi cinta dengan yang baik baik saja.
In shaa Allah. Diberkati dunia akhirat.
Amin.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: