Fynn Jamal, Wani Ardy dan Ana Raffali.
menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
satu kerja berat yang amat-amat membeban
apatah lagi menjadi gadis yang dirinya sendirian
keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas
si gadis menelefonku mlm itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari mulut
si gadis tiada daya menutup
lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama
si gadis terus meluahkan hampa hati
perlakuannya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal bagaimana lagi
lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia
kita gadis mmg sering menyonsang rasa
mana cinta mana rasa mana Dia
dengar sini sabarkan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya si-Dia itu
lalu aku berkata biar nalurimu beraja
mana wujud sempurna pada manusia
perlu gagah usah goyah
perlu bangkit dan menjerit
ayuh gadis berhentilah kau menangis
tada da da....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment