Thursday, December 6, 2012

Kesal.

Aku kira puisi sangat terkesan.

Dari Mellyana Sara.
Zine aku dapat dari Frinjan tempoh hari.

Kesal.

Kau.
Pandang aku, tatap mata aku.
Renung,tenung.
Tak nampak?
Kabur?
Kelam?

Tembak tembus kepala aku.
Biar otak aku berterabur di lantai.
Biar pecah semuanya.
Biar hancur.
Biar berderai.
Biar berkecai.
Biar musnah.

Dulu kau aku sanjung.
Darjat kau tertinggi aku tempatkan
Kau aku julang
Pada semua aku kata kau terhebat
Aku laung kau yang cukup sempurna
Aku tipu hati aku
Aku buta mata aku
Aku simpan semua sakit aky
Ditempat tersorok terpencil
Terdalam..terlalu dalam

Ternyata aku salah
Aku fikir kau akan berubah
Menjadi pria terhebat yang aku damba
Menjadi lelaki sempurna yang aku pinta
Menjadi lelaki yang aku mahu

Kau,
Takkan pernah berubah
Sampai mati kau kekal hitam

Tikam saja aku!
Tepat di dada
Di jantung
Tikam dalam dalam
Biar mati aku ditangan kau
Biar kesal aku-hilang



*sampai situ je aku suka :)
Dan sie penulis dah punya peminat tegar,
Iaitu aku :)




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: