Tuesday, January 22, 2013

Satu untuk kamu.

AK 5246 MIRI-MYY

Berdirinya aku disini.
Dalam kalangan manusia.
Kosong.
Aku lihat.
Dengar.
Tetap kosong.
Aku diam.
Emm.
Lantas aku berjalan ke ruang pesawat.
Membimbit bagasi seberat jiwa sendiri.
Jalan dan terus duduk.
Menerobos pegun di ruang kepala.
Bersandar keras ke penahan kiri kanan dan belakang.
Masa aku tidak cukup.
Untuk selamanya tetap tidak pernah cukup.
Mengeluh aku sebentar.
Pada diri yang tak memahami.
Pada dia yang telah aku rindu.
Hidup ini sukar bukan?
Cinta juga.
Begitu pada aku tidak begini pada dia.
Masa aku tidak cukup.
Untuk aku lontar semua.
Lantas aku pilih untuk diam.
Biar hati bicara.
Dengan sedikit rasa merajuk itu.
Sudah dapat dihilangkan dengan berjutaan rasa kasih pada dia.
Maafkan aku sayang.
Aku cuma mahu kamu tahu.
Apa saja akan aku lakukan pada kamu.
Biarpun aku mungkin tidak dapat memahami kamu, tapi percayalah aku terlalu cinta.
Ingin sekali aku kutip awan buat hilang amarahmu.
Seterusnya mengembirakan hari harimu
Namun aku hanya mampu mencuba sebolehnya tapi aku tetap juga tidak mampu.
Kamu faham sayang?
Diruang pesawat ini
Terlewatkan untuk aku katakan itu?

Sayang, aku rindu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: