Thursday, January 30, 2014

Transform! Cantiknya ia kerana Allah.

Bismillah.

Assalamualaikum!

Apa yang dimaksudkan dengan transform?
Menurut kamus google saya. Hihihi. Transform ialah mengubah, merobah, menjelmakan, menukar.

Hmphh. Okay, rasanya menjadi lebih baik adalah pilihan paling tepat untuk subjek ini.

Awak semua tahu tak kalau kita berubah kerana Allah, awak akan rasai satu kemanisan yang sangat manis yang saya berani janji itu adalah paling manis dan nikmat. Hah!

Manis. Subhanallah.

Jum la try! Saya dah rasa dan saya nak lagi!

Niatkan semua Lillahita'ala. Dengan kuasa Allah Maha Hebat, Allah akan permudahkan jalan awak dan berikan rasa atau perkara yang tak pernah awak jangka. Percaya!

Janji Allah pasti.

Slow slow pon takpe. :) Allah tahu niat kita.

Ingat! Kita cari redha Allah, bukan kesukaan manusia. ^_^

Untuk transform tak mudah tapi tak susah. Allah ada dan Allah nak lihat sama ada kita bersungguh atau tak. Bukankah bila kita terdetik dalam hati tu tanda Allah sangat sayang kita dan mahu kita berubah? Ayuh! Heee.

Kita akan lalui fasa ujian yang maha hebat. Akan ada cakap cakap tapi kita nak cari redha Allah kan? Nahh. Cekalkan hati. Jadikan itu sebagai penguat semangat dan asbab utuh untuk awak berjuang. Masya Allah. Ini juga jihad tahu? :)

Syurga itu mahal :) dan kemanisan akan dirasai selepas kepahitan. Macam awak minum kopi. Haaa. Pahit pahit manis pastu rasa nak minum selalu kan kan?

Sama sama kita mujahadah dan istiqamah!
Moga awak awak semua dirahmati, diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah subhanallahuta'alla. Amin amin amin.

Salam a'alaik.
Fi Hifzillah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: