Monday, November 17, 2014

#3

Kau takboleh nak semua yang kau nak.
Takboleh semua yang kau idam.
Impi.
Impian.
Hajat.
Hajati.

Kau takkan boleh semua.
Nanti kau akan dapat apa yang kau taknak.
Kau terpaksa nak apa yang kau taknak.

Takboleh.

Nampak kejam tapi sebenarnya aturan Allah tu cantik.
Kau tak nampak sekarang 
Sebab kau akan nampak nanti.

Kau takboleh nak semua yang kau nak. 
Sabar ye ana.
Sabar. Itu je kau kena pegang. 


28 august 2012

#2

Kadang apa aku tulis ni cuma random.
Boleh jadi tentang orang lain rasa.
Boleh jadi lepas tengok cerita.
Boleh jadi angan yang aku cipta. 
Kadang takde kaitan pun dengan aku.
Hehh. 
Random.
Aku ketagih pada drama kehidupan.
benda ni buat kita boleh beza wangi dan taiknya.
Random.
Sebab cuma orang tertentu tahu yang mana aku.
Life aku bagus dan bahgia.
Kalau boleh mau kasi tahu satu dunia.
Alhamdulillah. 
Cuma.
Ini random.
Sebab aku cinta drama.
Jangan salah sangka ya :)


Terima Kasih.

21 august 2012

#1

Dalam jatuh bangun kita, sakit,sendu,rabak, koyak,koma *dramatik sikit :) sunyi,gembira, rajuk,susah,senang,miskin,kaya,papa kedana, comel,comot,buruk,gemuk,kurus dan mcm2 lagi, cuma ada tiga yang tetap bersama dengan kita, Pertama, Allah Swt yg takpernah jauh dengan kita.* cuma kita yg selalu jauh dari DIA. Kedua, family,yg selalu sabar dengan perangai kita yg sgt pramatang. Ketiga, sahabat baik tahap enam yg ttp dgn kita walau apa jua dugaan,yg takkan tinggalkan kita dgn apa kekurangan kita. Cuma itu. Perkara ketiga mungkin dah kurang nilainya sekarang. Hargai apa yg kita ada, percaya Allah jadikan hidup kita bermacam warna utk kita kenal diri sendri dan semestinya utk kita lebih bersyukur dengan segala nikmatNya.

16 august 2012

Tuesday, August 26, 2014

rezeki.

Salam Alaik.

Alhamdulillah.
Rasa tenang bila seseorang buat kita untuk tidak berprasangka buruk dan terus positif. Alhamdulillah.
Saya tahu, hanya Allah lah mampu memberi rasa itu dan saya yakin, dengan izinNya,melalui seseorang itu Allah beri saya ketenangan.

Saya sedikit kagum dengan A, walaupun berlainan pegangan dan bangsa, A sangat posotif. Seorang yang tidak mementingkan diri dan amat berhati hati dalam setiap percakapannya. Saya baru mengenali A, dan sangat senang bila setiap kali saya bertanya soalan atau pun memberitahu sesuatu dia sangat positif, Sangat. 

Hari ini, dua perkara menjentik hati saya, dua duanya berkaitan kerja. Yang bertajuk besarnya adalah rezeki.
Pernah dulu saya sangat kecewa bila saya cuma dapat separuh dari yang saya usahakan. Waktu itu saya benar benar hilang pedoman (malu dengan diri sendiri). Saya menyalahkan orang itu, orang ini dan sememangnya dalam keadaan itu mudah untuk syaitan masuk dan menghasut. Astagfirullah. Menyesal dan malu bila saya sedar. Malu sangat pada Allah. 
Dan pada masa yang sama, saya berharap moga ada yang lebih baik. 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu yang padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" 
Surah Al-Baqarah; Ayat 216

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. 
Benar,ayat ini membuat saya malu. Menyesal. Mudah benar diri ini jauh dari Allah.
Dalam tak sedar, saya mula pasrah dan redha dan pada masa yang sama saya mula menghantar permohonan ke satu tempat yang sedikit pun saya tidak meletakkan harapan.

Dan, itulah yang saya dapat! Pantas dan cepat. Alhamdulillah, rezeki saya sangat hampir, Tuhan hanya menguji tapi macam macam perasaan yang timbul walhal tak patut pun untuk saya rasa begitu.

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
Alhamdulillah. Syukur. Setiap kali saya menghadapi sesuatu, saya akan ingat ini.
Diri ini belum benar benar mujahadah :( masih jauh. tapi doakan saya ya?

Rezeki kita Allah dah tetapkan sejak kita di Luh Mahfuz lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan, percaya dan usaha. Itu yang saya selalu pesan pada diri.

Boleh jadi rezeki nikah, rezeki kerja, rezeki sahabat yang baik (A juga rezeki saya) rezeki mengikuti usrah, rezeki bos baik. nah itu semua rezeki. Kecewa juga rezeki, bilamana waktu itu kita kembali pada Dia. Allahuakbar.

Segala puji hanya layak untuk Allah subhanallahu Ta'ala.

Jangan sedih sedih ya, rezeki senyuman menunggu awak. :)
Doakan saya ya?
Maaf jika punya salah dan silap. 

Jazakumullahu Khairan Khatira.



Friday, August 22, 2014

Jumuah barakah.

Salam Alaik.

Jumuah barakah!

Mustajabnya doa pada hari ni. Waktunya dirahsiakan, bila bila masa doamu pada hari ini akan dikabulkan. Seperti satu bonus kan?

Moga moga hari ini menjadi permulaan atau langkah langkah untuk kita sentiasa mentarbiyah diri.
Diri sendiri khususnya.

Moga kalian diberi kekuatan melalu kehilangan, kedukaan atau apa apa jua cabaran. Ujian itu tanda Allah sayang :)

Murahkan doa kalian pada saudara saudara Islam kita diseluruh dunia, pada ahli keluarga dan krew MH 17 dan MH307, dan pada sesiapa jua, yang menyakiti atau tersakiti oleh kita. Moga moga juga dengan itu, Allah beri kita nikmat dan berkah, menjadi laluan untuk kita kembali pada Dia. Allahuakbar.

"what you give to people, Allah will give to you too"


Bukan saja Allah, malah malaikat pun turut mengaminkan doa kita. Beruntungnya kita :')

Kerana Allah Ta'ala.

Allah sayang kita :)

Jazakumullahu Khairan Khatira