Tuesday, February 26, 2013

Masa yang gelojoh.

Sakit betul terhantuk dinding.
Hanya disebabkan jasad yang gelojoh kononnya bahgia merebahkan atas katil yang empuk. Sangat senak dan bingai rasanya.

Semua tak jadi apa kalau kita gelojoh.
Gelojoh pada pemahaman bahasa melayu kelantan dulu bermaksud lorat atau ga'duh atau tebolah.

Jadi untuk bahasa yang ekstrem boleh kiranya digunakan untuk menggambarkan masa yang mengila meninggalkan kita. Amboi.

Hahaha.

Rasa macam baru semalam tengok tv sambil tunggu udey untuk hantar ke lapangan terbang. Cehh.
Macam baru semalam lihat bumi borneo. Cehh lagi. Haha. Ini semua poyo lah ana.
-_____-'

Sejujurnya.
Cepatnya masa berlalu.
Cepatnya minit pergi.
Cepatnya.
Cepatnya.
Cepatnya.
*hentak hentak kaki.

Tak mahu balik boleh tak?
Tak mau tak mau.
*persis anak manja sambil kelip kelipkan mata.

Eh! Macam bukan aku pulak.
Hehe.
Tu tipu.
Aku macam ni.

Akan mula duduk sesorang.
Mengenangkan nasib diperantauan kelak.
Ohh alangkah sedihnya hatiku.

Sesakit kepala yang dicium rakus si dinding pink.

Hmmmmphh.

Tak ada apa yang diharapkan.
Semoga semester baru ini diri ini lebih kuat mengharungi ranjau kehidupan dikota metropolitan. Haha.



Ya Allah, lindungilah aku serta keluargaku dari azab api nerakaMu.
Lindungi kami dari tipu daya manusia dan kecelakaan. Berkatilah dan rahmatilah kami. Limpahkanlah kurniaMu agar kami sekeluarga menjadi kesayanganMu dan bahgia dunia akhirat. Amin.
Amin Ya Rabb.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu kerugian.
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Moga2 kami dalam kalangan itu.
Amin.


Masa,
Untuk kali ini,
Perlahankan sedikit masamu,
Agar aku bisa merasa bahgia duniaku,
Biarpun puas untuk sekejap,
Akan cukup buatku ingat,
Cinta orang tuaku tiada gantinya,
Hingga akhir nafas dipenghujung maut,
Aku akan kuat dan gagah,
Sehingga rindu itu kembali bertamu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: