Sunday, February 2, 2014

Bertabahlah :')

Dari Aku Islam

Kadang - kadang,
Rasa sedih tak punya sesiapa itu,
Takkan terbanding rasa duka dan luka saat hilangnya seseorang.

Sebab bila dia tak punya sesiapa,
dia akan ingatkan diri,
Ada Allah itu lebih dari cukup.
Sedang bila dia hilang apa yang dia sayang, dia mungkin lupa Allah itu lebih berhak atas apa yang dia sayang.

Itulah.
Sebab orang yang susah nak sayang,
Bila dia sayang, dia akan terlalu sayang.
kadang kadang hingga terlupa semua yang dia sayang itu akan pergi.

Dan tahu apa yang lebih susah?
Untuk orang yang tidak punya sesiapa itu tahu dan sedar,
Allah sedang melakukan ini kerana sayangkan dia.

Nangis.
Sama ada Tuhan mahu aku belajar bahawa semua yang disayang akan pergi,
Atau DIA mahu aku belajar apa sebabnya aku tak punya apa-apa pun yang aku rasa aku sayang.

via tersenyum-melihat-langit


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: