Saturday, December 5, 2015
Moga Bukan Kamu Lagi.
AK 6433
Hari ini
Aku kembali pada pertemuan mengheret bagasi
Masih jelas bagaimana aku tidak sehati dengan hati
Meninggalkan tempat paling aku sayang dan ya,
juga kamu.
Perasaan tidak dimahu ternyata sakit
Tidak diperlu juga terasa perit.
Jatuh berkali kali begitu sebati pada aku
Lalu pilihan apa aku ada selain pergi jauh dari kamu?
Lalu aksara aku juga terhenti
Tak ada lagi kata atau luah rasa yang melukis perasaan aku
Langsung aku lupa apa itu puisi
Puisi yang sering aku tulis buat meransang cinta kamu.
Dan hari ini
Momen momen punya kamu sudah aku lepaskan.
Sudah aku leraikan
Moga itu bisa membuang candumu yang merasuk hebat pada setiap saraf
Dan moga bukan kamu lagi yang merenjat jantung dan menghancur luluh hati aku.
Mahu saja aku lewati kamu dengan senyuman yang paling manis
dan hati yang paling gagah.
Mahu saja aku laungkan tahniah dengan segala bahagia bahagia kamu
Bahagia yang kita kata itu,
Cuma pinjaman.
Dan ternyata episod aku cuma sekadar salah sangka.
Asal saja kamu tahu
Aku bukan lagi perempuan ampuh yang perlu dikasihankan
Aku sudah diperkasakan waktu
Dan dalam senyumku itu
Tiada lagi bayang kamu.
(Sinambungan Satu Untuk Kamu,AK 5246 MIRI-MY)
Empat tahun lalu, aku garap satu puisi khas buat kamu, dan hari ini, ianya juga buat kamu.
Moga bukan kamu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment