Sunday, December 6, 2015

Langit.





Kiranya aku suka benar melihat langit
Katanya seseorang
Langit itu luas, persis imaginasi kamu
Penghujungnya tiada
Sulit dipertemukan
Tapi penuh dengan andaian dan angan angan
Sama ada ianya terbang mengepak sayap atau langsung buat kamu jatuh terus ke dalam.
Jadi bagi aku
Aku bukan keduanya.
Yang aku mahu cuma tenang lalu tersenyum memikirkan keajaiban dari Tuhan.

Disember Lima
Dalam pesawat AK 6545 KUL-MYY

Saturday, December 5, 2015

Moga Bukan Kamu Lagi.


AK 6433
Hari ini
Aku kembali pada pertemuan mengheret bagasi
Masih jelas bagaimana aku tidak sehati dengan hati
Meninggalkan tempat paling aku sayang dan ya,
juga kamu.

Perasaan tidak dimahu ternyata sakit
Tidak diperlu juga terasa perit.
Jatuh berkali kali begitu sebati pada aku
Lalu pilihan apa aku ada selain pergi jauh dari kamu?

Lalu aksara aku juga terhenti
Tak ada lagi kata atau luah rasa yang melukis perasaan aku
Langsung aku lupa apa itu puisi
Puisi yang sering aku tulis buat meransang cinta kamu.

Dan hari ini
Momen momen punya kamu sudah aku lepaskan.
Sudah aku leraikan
Moga itu bisa membuang candumu yang merasuk hebat pada setiap saraf
Dan moga bukan kamu lagi yang merenjat jantung dan menghancur luluh hati aku.

Mahu saja aku lewati kamu dengan senyuman yang paling manis
dan hati yang paling gagah.
Mahu saja aku laungkan tahniah dengan segala bahagia bahagia kamu
Bahagia yang kita kata itu,
Cuma pinjaman.
Dan ternyata episod aku cuma sekadar salah sangka.

Asal saja kamu tahu
Aku bukan lagi perempuan ampuh yang perlu dikasihankan
Aku sudah diperkasakan waktu
Dan dalam senyumku itu
Tiada lagi bayang kamu.

(Sinambungan Satu Untuk Kamu,AK 5246 MIRI-MY)

Empat tahun lalu, aku garap satu puisi khas buat kamu, dan hari ini, ianya juga buat kamu.

Moga bukan kamu lagi.

Wednesday, November 25, 2015

buat kamu.

ini cerita cerita kasihan
seorang perempuan nocturnal
yang hati dan fikirnya hanya celik pada setiap malam menjengah
dan peran utamanya cuma duka duka lama yang terkenang kenang
sehingga membentak hati dan akal fikirnya
dan menekan nekan sebak didada sehingga terluah air mata

aku selalu dimanjakan dengan ungkap kata sayang rindu cinta suka bahagia
sehingga aku menjadi terlalu terbiasa dan selesa
malah tak pernah ada sekalipun rasa yang aku mungkin akan pelan pelan ditinggalkan sendirian
tak pernah ada sekalipun rasa yang aku mungkin akan kembali makan beseorangan

sehinggalah pada malam itu
dakapan kamu adalah yang paling tak selesa
bau kamu tiada, hangat kamu tak seberapa
malam itu kamu jelas jelas sudah jauh
yang dalam pelukku itu cuma tubuh

lalu aku mulai pelan pelan mengerti
bahagia ini yang aku kata tadi
pinjaman.........

ini nota nota pada botol kaca

aku ambil lembaran pertama
lalu aku tuliskan tentang keajaiban senyum kamu
yang seperti raksa meresap ke seluruh tubuh

alirannya tadi menembus dinding dan menyerap ke setiap saraf
sehingga aku kaku dan jatuh cinta

pada lembaran kedua
aku tuliskan betapa momen momen yang kamu hidangkan
sungguh sungguh indah
kau bawa aku bercinta
kau kucup dahi kau kata sayang
dan aku sudah saat itu terlalu jatuh suka

pada lembaran ketiga ini
kau buktikan padaku sungguh kau peduli
dan kau dekap aku erat sehingga hangat dan baumu
sebenar benar sudah menjadi candu meransang rindu

lalu aksara berbunga yang aku susun dan tulis dengan penuh suka itu
terhenti pada lembaran yang ke berapa entah

bila mana malam itu kau menjadi gebar aku dan meranap hancur tubuh
sebelum hati aku kau robek

dan kau tuliskan padanya
'kita ini benar cuma sekadar salah sangka'

lelaki manis
kalau kamu dengar ini
aku sudah pada fasa menjadi perempuan kecil yang perkasa

lelaki manis
kalau kamu dengar ini
aku sudah jauh lari
dari menjadi perempuan kasihan
yang ranap jatuh berkali kali
dan cuma tahu merembes air mata memohon belas kasih dihadapan kamu

kita sudah sebenarnya sangat jauh
jadi silakan pergi sayang
silakan
aku lebih betah begini
sendiri bersama lilin putih.



sebahagian puisi minit ke 02:45
-PEREMPUAN PEREMPUAN YANG PATAH HATI-
suaratanpanama


Tuesday, November 24, 2015

awan.

waktu aku pulang kerja kelmarin
aku lihat guyur hujan
dan awan sayu seiring aku
warnanya gelap, isinya padu
bagi aku, itu awan paling mendung pernah aku lihat.

lalu aku pandang jauh
masuk pelusuk hati aku
apa sudah jadi ya?

bingung.

bagaimana candumu itu terus meracun aku
padahal aksara aku sudah habis
aku yakin benar aku pulih
tapi ternyata, aku masih.

lantas mata aku pejam
rapat dan tenang
dan bila aku buka
awan yang tadinya gelap terlihat terang pada diameternya
ajaib Kamu Tuhan,
pantas buat hati aku tenang.

hari ini satu pelajaran tentang perkara perkara yang perlu diredhakan
tentang hal hal yang harus punya keyakinan
dan tentang momen momen yang perlu hapus jauh dari kota pikirmu.

dan akhirnya, aku senyum.
terlihat pelangi.

jadi, apa lagi aku perlu. kan?

senyummmmmmm.

sembilan belas sebelas dua ribu lima belas.

Thursday, November 5, 2015

jatuh berkali kali pun masih belum mampu menghentikan setiap rasa aku ke kamu
apa aku tahu, aku makin mahu
aku takut jauh
dan membiarkan aku terusssss jatuh 
hancur lalu kitarannya tetap masih sama

renjatan setiap luka itu ibarat tak pernah berkesan pada tubuh hati aku
hingga aku tak tahu
helah apa lagi harus aku amukkan pada diri

"kita ini cuma salah sangka"
tak bisa lagikah hati untuk kau ngerti?
atau 

entahhh

aku tak punya jawapan.




november lima

Thursday, October 8, 2015

after two years and two month.

after two years and two month.

i never thought it would be so hard to let you (everything about you)  go. even sometimes, i should proud i managed my heart well. but hmmm still, as human i can't deny that feeling.

still hurt. still fresh. still love.

i hate myself for that.

why?

after two years and two month.

i never know that you could be that far.
its like i never know you, its like something that never happens.

i hate myself for that.

why?

after two years and two month.

i still pray and hopes that you will be happy with the decision you made.
i love your smile, your eyes.

i know you're still the same person, but time had changed you my dear.

i hate myself for that.

why?

because i still love you.





october eight two thousand fifteen.




Friday, May 22, 2015

hmmm.

mana mungkin kan kita boleh puaskan hati semua orang :(

dia tidak di situasi kita dan kita pun takkan tahu apa dalam keadaan dia.

dan penolong terbaik adalah Allah. Segala pengharapan wajarlah hanya pada Dia untuk memahami setiap kesulitan kita.

sejujurnya, kali ini iman pastilah pada tahap paling menjunam. paling sebu dan paling rapuh.
manusia hanya tahu menghukum tanpa menyelami setiap langkah perjalanan kita yang ternyatanya sukar.
sukar.

Allahu :(

kecewa saya pada seseorang. kecewa juga pada diri yang tak mampu beri yang terbaik.

jalan tarbiyyah tak pernah kering. akan selalu dibasahi airmata penyesalan dan kesusahan.

betapa sukar jalan kita, cuma Dia yang ada.



Thursday, May 14, 2015

Mungkin Allah mahu temukan kita dengan cara yang lebih indah :)

Alhamdulillah dengan setiap kesempatan.
:)

Hari ini perasaan saya bercampur bau, tak perlu pun saya nyatakan tapi banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, khususnya bagi diri saya sendiri. :)

terdetik di hati saya dengan tajuk tu. tersenyum sendiri dan bahagia rasanya. tahu kenapa?

Allah pisahkan kita dengan mereka mereka yang tinggalkan kita, yang kita tinggalkan, yang terjauh dan yang tak punya sebab kita berhubungan ada punya SATU sebab paling hebat. tahu?

Mungkin Allah mahu temukan kita dengan cara yang paling indah :) 
MasyaAllah. 
Dan satu satunya yang saya fikir adalah Syurga! :')

Hebatnya Syuga itu tak mampu kita bayangkan, dan andai kita bayangkan pun ianya lebih dari itu.
Subhanallah.

Dan tak punya satu sebab pun untuk kita sedih sedih dan kecewa kecewa kerana jauhnya jarak kita didunia kerana kita punya tempat yang lebih kekal dan abadi selama lamanya. Syurga! *jerit

MasyaAllah, serta merta perasaan yang-orang-tak-mungkin-fahami-dan-mengerti hilang langsung terus timbul semangat untuk kuat dan tekad bawa mereka semua sama sama ke sana.

Dan awak, kita doakan awak jugak! :)

Saya selalu cakap dekat adik adik usrah saya,
 "jum la sama sama kita kuat,nanti kita boleh la makan roti john sama sama dekat Syurga sana" *nangis

Perancangan Allah hebat bukan?

Januari lepas, saya tak pernah yakin untuk bawa satu usrah. dan berkali kali saya putus asa. sehinggakan buat saya mahu tinggalkan tarbiyyah. Astagfirullahalazim. Moga Allah maafkan saya atas niat itu. tapi tapi tapi, Allah Maha Kasih, sekerap mana pun saya putus asa, Allah lintaskan harapan yang menggunung, Allah beri saya tenang dan Allah bantu saya selesaikan kecelaruan fikiran yang saya tak mampu tangani tanpa usrah! hebat bukan? subhanallah. Alhamdulillah.

Beban yang saya fikir pada permulaan adalah jambatan buat saya terus tsabat pada jalan Allah. jujur, malu saya pada diri sendiri, mahu Syurga tapi tidak mahu berkorban. tamak saya pada dunia, yang nampak senang tapi tak punya tenang. Allahuakbar. Allah Maha Besar.

Ar Rahman, Ar Rahim.
walauku jatuh berkali kali tetap Engkau sambutku dengan bantal yang paling nyaman.

Maka nikmat mana yang mahu engkau dustakan?
(Ar Rahman)

dan mungkin Allah mahu saya rasai dengan cara yang lebih indah kan?
*senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm

doakan saya dan in shaa Allah doa saya bersama kalian!

Qawiy Lillah!


nfhza,
pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.

Thursday, April 30, 2015

Aku, pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.

Jahilnya aku dulu,
Al quran ku baca hanya ketika aku sedih. 
Ketika aku rasa merintih pada Allah itu jalan terbaik menghamburkan kecewa pada manusia.
Jahilnya aku dulu, 
Solat ku bila perlu, bila free bila mahu. tak pernah pun pada awal waktu.
malunya padaMu Rabb.
Jahilnya aku dulu,
Sunat dan sunnah aku tinggal, bagaikan tak penting, mahukan kebaikan tapi diri sendiri tak melakukan.
Jahilnya aku dulu,
Pakaian ku sekecil kecil saiz, tudungku berpin satu,
katanya berbaju besar, bertudung labuh tidak feminis.
Jahilnya aku dulu,
Berkawan tanpa iktilat, berteman hingga ke malam,
berjalan tanpa hala tuju dan aku rasa itulah rutin remaja kotaraya.
Jahilnya aku dulu,
menghukum melulu, bercakap tanpa fikir, kata kata kasar jadi kebiasaan sehingga membuat ku seperti tidak punya pegangan.
Jahilnya aku dulu,
ibarat tin tak punya isinya.
memberontak tanpa sebab, muslimah hanya pada tudung.
Jiwa kosong.

Laila hailla anta, subhanaka inni kuntu minall zolimin

Jahilnya ku dulu tidak bermakna aku mahu jahil selamanya. 
Lantas di jahil itu aku bertemu tarbiyyah.
Tarbiyyah yang membawa diri jauh dari jahiliyyah.
Tarbiyyah yang menjauhkan aku dari semua perkara yang menjahilkan aku.
Subhanallah.

Perancangan Allah lebih baik.

hilang manusia, aku ketemu bahagia bersama Rabbku.
tapi aku tak pernah lupa,
jahilku umpama nikmat, nikmat yang mempertemukan aku dengan cinta sebenar benar cinta.
aku takkan lupa. Renjatan dosa membawa aku kepada asyiknya proses tarbiyyah.
tak mungkin sempurna, tak mungkin selalu kuat. 
kerana aku,pendosa yang bercita cita mahukan Syurga.


Selamat Hari ke 471 wahai Tarbiyyah!



Sayonara Jahiliyyah!

nfhza.

Wednesday, March 4, 2015

RO YA NUN DA WAU.

"Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, apa kau buat?"

"Doa."

"Doa supaya dia buka hati untuk kau?"

"Tak."

"Dah tu?"

"Aku akan doa : Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira. Ya Allah walaupun bukan kerana aku, Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah."

"Wah..."

"yup, aku selalu baca doa ni, hari hari. Untuk dia. aku tahu aku tak layak untuk dia, dan ini je yang mampu aku buat untuk menebus rasa tak berbalas tu."

-sederhanaindah-


Moganya rindu rindu ini menjadi doa buat kamu.
Moga rindu rindu ini menjadi penguat cintaku pada Ilahi.
Moga bahagia dunia akhirat milik kamu.
Dengan izin Allah.

ya, hati masih rasa.
tapi aku serahkan semua pada Tuhan,
moga bahgianya kamu menjadi bahagiaku juga :)



Wednesday, January 28, 2015

Rapuh.

sudah ke berapa kali entah
aku tetap rasa setiap ucap syukurku
tidak mampu menandingi betapa banyaknya 
nikmat yang Tuhan beri padaku.

sudah ke berapa kali entah
aku jatuh dan berdiri semula
dengan senyum dan harapan dari Tuhan
sedangkan hakikatnya
aku sungguh tidak layak.

sudah ke berapa kali entah
yang aku mahu hanya
lenyapnya dosa dosa masa lampau
yang setiap saatnya sering menghantuiku.

sudah ke berapa kali entah
aku doa
moga Tuhan tetap bersama aku.

dan sudah ke berapa kali entah
setiap waktunya aku rapuh, rapuh dan terus rapuh.

"awak pegang kata saya: hidup ini cuma perlu Redha Allah. tanpa redha Dia, mana mampu awak kuat, hidup ini cuma perlu Cinta Dia, kerana Dia yang mencipta Cinta"

Tuesday, January 27, 2015

"segala puji hanya layak untuk Allah yang sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri"

susah nak jadi baik.
susah, terlalu susah.
tahu kenapa?

bila mula bertudung labuh dan bersarung tangan.

" haaa dah macam ustazah dah cik kak ni"
"ustazah nak pergi jalan jalan ke?"
"tudung besar besar nak pergi mana? dah macam khemah"

bila mula ikut usrah.

"ingatkan dah baik, tapi perangai sama"
"usrah?dapat apa? makan je lebih"

itu adalah ujian.
dan ujian tu tak buat kita jadi baik lagi.

andai kuat iman, ia sama sekali tidak mematahkan semangat, tapi jika tak, bila bila masa hanya kerana percakapan sebegitu terus individu ini tidak jadi untuk jadi baik.

"aku tak bertudung pun, aku solat!"
"eleh, bertudung tapi berpegang bukan muhrim,tak guna jugak"

ini juga ujian. sama ada kita biarkan orang begini atau terus berdoa moga hatinya terbuka untuk hidayah.

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)"

jadi baik semua orang nak, nak nampak baik, nak semua sempurna.
tapi kita lupa, kita lupa nak tajdid niat kita semula. niat kita untuk siapa? perlu ada rasa di mana kita mahukan kebaikan untuk setiap umat Islam. lupakah kita?
kita lupa yang perjalanan ke arah lebih baik itu memakan masa, memerlukan satu tempoh yang cukup panjang.

apakah tali pengukur tingginya tahap kebaikan seseorang itu?

saya sendiri tidak punya jawapan.
tapi apa yang saya tahu, manusia tidak mungkin sempurna.
mereka, kita, awak dan saya melakukan pelbagai jenis dosa. dan dosa dosa tersebut adalah aib yang telah ditutup oleh Allah swt. Subhanallah.
kiranya andailah tidak disembunyikan Allah, penuh dunia ini dengan busuknya dosa kita.

menjadi baik tidaklah terlalu susah, tidak terlalu senang.
tapi sebagai seorang Muslim, menjadi lebih baik itu perlu.

natijahnya dalam hidup ini, iman turun naik, hati berbolak balik.
kembalilah pada agama fitrah, niat kerana Allah, ikhlas dengan ujian.
in shaa Allah. bukan sahaja baik, malah bahagia :)
fiddunyya wal akhirah

"perlu merasa susah di dunia untuk menggapai bahagia selama lamanya di akhirat"

"jika kita tidak mampu berubah menjadi lebih baik, janganlah kita punca mereka tidak melakukan kebaikan."


jadi baik atau jahat, semuanya akan diuji.
baik;ujian untuk terus mujahadah.
jahat;menghadapi ketakutan kerana perbuatan itu sendiri dimurkai Allah.

Moga Allah jaga kita semua, jangan disebabkan untuk tampak baik semata, terbang pahala kita kerana dikaburi niat yang jahat. Nauzubillah.

wallahualam.

Allahu Musta'an!
jangan patahkan niat baik seseorang :)
kita kan nak masuk Syurga sesama.

jaga iman,jaga hati, jaga aurat. :)
maaf salah silap.
Jazakumullahu khairan khatira.