Tuesday, December 17, 2013

ath-thalatha': 13. Safar 1435

Sobahul Khair!

Alhamdulillah,

saya ingin kongsi satu cerita yang saya baca di fb bercinta selepas nikah,
" cinta itu mengajar kita memaafkan, sebagaimana semalam kita melakukan dosa tapi Allah tetap menghidupkan kita keesokan harinya"

Hmmm. berair kejap mata.

jadi jum kita sematkan (amboi bahasa) dalam hati,
kita hidup kerana Allah Ta'ala.Lillahita'ala.
kuat kuat kuat. selalu istigfar, in shaa Allah, dalam setiap apa yang kita lakukan, kita akan rasa kemanisannya.Allah Maha mendengar, malah Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Dari Anas RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, sepanjang engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku maka Aku akan mengampuni dosamu dan aku tidak perduli. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku maka Aku pasti akan mengampunimu. Wahai anak Adam seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan-kesalahan sebesar bumi kemudian engkau bertemu denganku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatupun maka Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (Hadits Arbain no 42, hadits hasan shahih diriwayatkan oleh At Tirmidzi)

perbanyakkan istigfar. 
Astagfirullahalazim.

Moga moga kita sentiasa diampunkan Dia.

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisa’: 110)

 masa saya tengah menulis ni, bos saya dalam ofis tu tengah merenung saya ibarat helang nak menyambar ikan. haihh. susah tau rasa macam terpenjara. astagfirullah. moga moga dilindungi Allah.

Salam Alaik.
Fi Hifzillah.


Monday, December 16, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT

dah lama rasanya tak update. takde idea.
kali ni. dengan niat dan semangat baru. 
saya dah decide untuk tidak delete entry yang lalu,
dan akan buka untuk sesiapa saja.
perkongsian ilmu. in shaa Allah.
kalau ada yang mungkin menyinggung atau mengganggu.
saya mohon maaf.
setiap kata kata saya datang dari hati.
"kalau ikot hati,mati"

saya tak nafikan itu. 
tapi yang terkandung dalam entry lalu hanyalah idea spontan dari saya yang KONONnya ingin dibukukan.
jadi saya simpan disini.

yang baik sebagai panduan yang tidak sebagai pengajaran.

Salam Alaik.

moga Alllah merahmati kamu.
amin.

in shaa Allah. setiap entry akan datang adalah penkongsian ilmu.

semoga dipermudahkan. Bi iznillah.



Saturday, August 17, 2013

:)

Ayah is cute when he keep calling me just to ask 'how's work?'

I'm Daddy's little girl :')
(Little jadahnya dah besor panjang!, eldest pulak tu. Hihihi)
Feels like I just start school for the first time. Hihihi.

First day of work and its very challenging.
Gahhhh. But now, i think to unemployed again. Hahahahahaha. *risaunya.

Okay, I nak mikir what to do.

Moga dipermudahkan :) amin.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 9, 2013

Tak.

Kadang kadang bukan senang untuk kita lupa.
Setiap rongga luka yang tercarik, pasti ada sekecil kecil selumbar yang tertinggal.

Mana mampu untuk kita terlalu jujur pada diri sendiri bilang
"Takpe, aku dah lupa apa kau buat"
"Aku tak amek hati pun (sambil senyum)"

Paling tidak tu sebenarnya langkah sejukkan hati.
Macam kau buat kek, kalau kau terus potong tak tunggu sejuk, hancur lah.
Orang putih kata "good things comes to those who wait"
And it takes time.

It takes time.

You know. It takes time.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 8, 2013

.

How can I forgive you?

Sebanyak mana aku cakap,
Selama mana aku tanggung.

Aku tetap tak boleh.
Nak maafkan kau tanpa rasa benci.

Dah cuba buang tapi perit dia macam baru lepas sapu ubat kuning kat luka jatuh melecet.

Tiap kali aku ingat buat aku makin benci.
Tiap kali aku ingat buat aku makin cari.

Apa salah aku ke kau sampai tahap ini kau bagi aku?

Aku tak mampu nak tahan rasa nak salahkan kau, apatah lagi dengan diri aku sendiri.

Macam bodoh. Macam tolol.

Kalau kau baca, aku cuma minta satu.

Datang sini, aku mahu cakap.
Kau dan aku.
Dan.
Kasi juga aku untuk tampar kau, paling simple.
Supaya aku sedikit lega.

Lepas tu kau boleh pergi emmm.
Aku malas sebut.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 12, 2013

Bittersweet.

Merenung pada langit siling.
.
.
.
.
.
.

Sedut sedalamnya.
.
.
.
.
Hidup ni sementara.
Selagi kau mampu,
Selagi kau sanggup,
Selagi kau mahu,

Rasalah.
Kemam dan telan.
Hadapi dengan senyuman.
(Gahhhh, sangat kelisye)

Kemam dan telan.
Macam makan ubat sakit tekak,
Pahit mulanya, lama lama kau ketagih.
Sebab selesa saluran pemuas nafsu makan kau.
Hahaha.

Paling simple, try makan ceklat masam.
MASAM gila kan?
Haaa lama rasa apa?

Macam tu lah :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 11, 2013

kembali mengisi lapang.

salam Ramadhan.

hurmmm. (ni bukan mengeluh)
banyak perkara berlaku semenjak dua tiga empat lima enam tujuh lapan menjak ni.
letih.

paling hiba Independent Study masih belum dihadam dan diberakkan.
(emmm. kotornya bahasa)

tak. cuma marah sedikit. hahahaha.

terlepas jumpa fynn jamal adalah paling rugi.
bagi aku la.

cuba untuk positif dalam semua benda tapi lumrah manusia bukan semua akan begitu.
tetap akan begitu begini dan beginun jugak.
kalau nak jadi, jadi jugak.
kunfayakun.
maka jadi, jadilah ia.

aku cuba tanam dan gali dalam dalam untuk tidak merasa apa apa dengan apa kau buat.
tapi hati aku sakit jugak. kenapa ya?
bila difikir fikir fikir sampai lebam. kau macam %$%*&

hmmmmmm.
tak mengeluh. aku sakit hati. tak boleh ke kau datang sini bagi aku maki kau puas puas.
muhasabah diri la ana.

dah la. nak pergi merajuk.
byee.

Saturday, June 29, 2013

Hey.

Hey.
I miss you.

Feels like wanna fly away straight to you :) and ask.

'Do you take care of your heart?'

You're sweeteness to my candy and I am crush into you.


Oh My English!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 23, 2013

Tagih.

Untuk bulan terakhir, semester terakhir, tahun terakhir, dan terakhir kali ini.
Rasa sedih dia tahap taknak balik.
Secara normalnya apa yang paling aku suka adalah CUTI. Tapi kali ni balik tak mahu apatah lagi menerima realiti yang dah tak ada kali ini. Maroon Scuad.

Macam 2 tahun lepas, susah nak move on dari Dungun yang subhanallah, terlalu indah, terlalu paling banyak memori.
Kali ini, lagi susah nak move on sebab diri dah semakin tua, kenangan di mana mana dan yang masa hadapannya masih.
Kabur. Macam jerebu.

Tak tahu apa yang menunggu dihadapan.

Kali ini selama hayat belajar, minta masa diperlahankan supaya realiti kehidupan yang bakal berlaku lambat tiba.

Degree will be leaving soon. Yaa, soon :(





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 21, 2013

Kau buat aku sakit.
Sampai bila?

Percuma dan sangat bodoh.
Tepat kena ke aku.

Tersakiti pada benda yang patut kau sedar dia tiada apa apa.
Selain.




Dendam.
Dendam yang tak pernah terbalas dan hanya sia sia.

Berbahgialah kau.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 4, 2013

F.I.K.I.R

Pernah terfikir tak macam mana orang asing boleh jadi orang paling tak boleh tak ada?

Aku selalu fikir.

Macam mana masa waktu dan keadaan tu berfungsi dan memain peranan.

Kalau fikir dalam dalam.
Sambil tengok gambar.

Cuba tenung.

Macam mana dia boleh jadi begitu bermakna.
Macam mana semua macam tak percaya.

Bila aku fikir balik.
Tak terfikir.

SubhanaAllah.
Allah sebaik baik pencipta.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 3, 2013

Menorobos.

Aku dalam kelas sekarang.
Tak dapat fokus ayat mat saleh kat depan.
Yang dapat dengan jiwa sambil merenung sama adalah


Kau.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 2, 2013

tak malu.

geli hati. 
dah tahu musnahkan
masih simpan baki serpihan.
tak malu.



Space.

Dah lama aku tinggal ruang ini.
Banyak habiskan masa dengan menerima-apa-saja-merasa-dan-hidup-dengannya.
Faham tak?

Maksudnya.
Buat apa saja baik buruk sedih gembira salah betul atau setiap genap jenis rasa lalu redha dengan apa yang telah ditetapkan dengan perlakuan itu.

Dapat?

Sebab untuk kita cari alasan untuk semua itu kadangnya tak-terfikir-dek-akal-tak-tersangka.

Unexpected you know!

Cuma kadang kadang unexpected tu membawa manis.
Macam kau hilang satu tanpa kau sangka kau dapat indah dari semua itu.
Betul la, Sabar itu separuh dari iman.
Selagi kau sabar, menerima dengan adanya setiap duri dijalanan,kat hujung nanti pasti kau dapat takluk istana impian :)
Dengan izin Dia.

Strangers yang aku kenali hanya melalui puisi ramai yang begitu.
Disetiap pahit dan menjunamnya bait mereka, ketemu bahgia yang paling bahgia. Indah.

Mereka kata orang yang berpuisi ini hatinya selalu duka. Selalu sedih.
Nak kata ya pun tidak,tak pun bukan.
Salah satu teknik meluah rasa ialah dengan penulisan.
Bagi aku ia berkesan.
Tapi tak semuanya perihal nangis-cengeng.
Cumanya hal sedih selalu dilaparkan orang.
Takkan mahu cerita segala kan?

Ada seorang kawan lelaki kata bila aku menaikkan status 'sabar' sebagai what's on your mind, 'sabarlah. Sesungguhnya ia sebahagian dariku'
Nampak tak disitu,bila mana hati kita mula susah ada manusia memberikan sinar senyuman pada kita walaupun ayatnya agak menyakitkan-hati-rasa-nak-lempang. -.- hahah.

Past has teach you to be better. To be stronger and to be known that you're special. Special to be so special. :)

Sabar dan nanti bahgia milik kamu.
Dan dalam dunia ini, semua bukan milik kita.
Milik dia dan apa saja boleh berlaku.

Have faith and redha :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I'm leaving.

Bibir mengukir senyum.
Mulut mengata sayang.
Hati telah kau rangkum.
Jangan dibiar hilang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 20, 2013

Kalis.

Setiap apa yang aku buat, aku laku, aku rasa.
Sudah kalis.
Sudah kalis untuk merasai sakit, kecewa dan kaku.
Setiap apa yang datang, fikir aku cuma peringatan.
Peringatan yang aku sebagai manusia tidak punya apa apa.
Anugerah terindah untuk itu bilamana setinggi tinggi, sedalam dalam atau setajam tajam rasa, aku masih tetap utuh dan kuat.
Sudah cukup untuk aku terus berjalan untuk perjalanan mendatang dan merasai nikmat yang tidak pernah putus.

Alhamdulillah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 19, 2013

Tak semua orang suka apa yang kita suka.
Tak semua faham apa yang kita faham.
Tak semua sama macam yang kita fikir sama.
Tak semua suka, faham dan fikir.
Jadinya.
Pantul persoalan ini semua ke kita.
Disitu ada jawabnya :)

Dan paling penting, biar satu dunia bencikan kita, tapi Allah tetap tahu setiap inci kebenarannya.
Itu sudah cukup.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 17, 2013

Stop.

Aku hanya aku berhenti.
Jika aku bertemu yang satu ini.


Sebab.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 14, 2013

Magnet jiwa.

Taktahu lah apa kaitannya dengan tajuk.
Hahahahahahaha.

Hmphhh. Semalam, gedik nak timbang timbang berat.
Alhamdulillah, dah turun sekian sekian :)

Gembira untuk turun berat tapi tak mampu tenangkan hati.
Berat yang turun tu tak reduce sikit pun rindu yang bersarang ni.
Hurmm.

Aku takde lah macam ni. Sikit sikit sendu, sikit sikit cengeng. Tapi cuma itu aku ada.

Keluarga. Yang jaaaaauuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh sana.
Sakit kau tahu. Bila tiap tiap minggu dulu kau balik.tapi sekarang, dua jam perjalanan pun tak boleh sebab tiket mahal *lagi satu Air Asia suka buat jiwa kecewa sebab harga dia selalu tukar tukar.

Jadi yang selalu jadi mangsa adalah negeri kelahiran, sekurang kurangnya lepas rindu untuk adik manis, pencuri hati dan dibobok dengan makanan kegemaran adalah paling surga. Kehkehkeh.
Nasi kerabu untuk setiap waktu makan dah cukup membahagiakan.

Harap harap, tak lama. Bertahan dan kuat :)
Kalau boleh hadap orang yang menyakitkan dalam dunia, pasti ini bukan apa apa kann? Hehe.

Hikmahnya tetap ada.
Alhamdulillah. Semakin rindu, semakin dekat dengan DIA.
Semakin kuat rasa cinta, semakin nikmat menikmati setiap adanya. Alhamdulillah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 9, 2013

Letih.

I'm tired of everything.
From now on, I'm officially hate you.
Thank you.

if I start to hate something/someone, its hard for me to accept what they do/will do in future. The trust already go with hurt they give to me.

I know, that's not good. So what should I do?
Forgive, forget? Nahhh.
Its takes time.

I'm not that type of people that easy judge others, but if you do that to me, and the one I love, I will do worst than ever you think of me.

Grammar aku takde lah hebat sangat, tapi sebab taknak nampak cam kasar sangat, saja poyo poyo speaking. Kalau nak condem, eloklah kalau aku taktahu. Sebab hati ni tengah panas.

Terima kasih!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 8, 2013

Woi woii.

Sebabkan tagline gagah dan garang.
Jadi kena selalu pesan dalam dalam kat hati cengeng ni untuk nampak perkasa dan rawrr.
Walaupun ketika tu dah terkebil kebil kawal mutiara dari mata.
Ecehh.
Hahaha.

Alhamdulillah punya kesayangan yang selalu tak pernah tak bagi semangat :)
Haa mama selalu pesan, orang tak kenal kita boleh cakap apa saja tapi yang lagi penting kita tahu kita macam mana.

Tak ada motif benda ni sebenarnya.
Hihihiihi.

Tahniah awak, kita dapat anak buah lagi. Eh! :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 7, 2013

Rindu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 3, 2013

Dang!

Aku baru perasan.
Yang aku menulis bila rasa tu kuat.
Paling sedih.
Paling gembira.
Setiapnya kata dari hati.
Dan.
Bila perasaan stabil,
Idea tu tak ada. Taktahu nak kata apa.
Sedap sangat menikmati sampai tak mahu jalankan otak. Haha.

Haaa.
Dan bila terlalu sedih dan terlalu gembira ni, yang paling kelakar bila baca balik ialah:

Typing error. -______-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 22, 2013

Jadi saya hanya ada pen dan kertas
Yang takpernah kehabisan
Untuk gambarkan segala jenis macam itu dan ini
Tak bertitik noktah penghujung penamat
Yang panahnya cuma ke awak

Saya letih
Saya cuba

Takut hilang
Takut pergi

Awak?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hanya.

Semua yang saya buat hanya cuma untuk lihat dan terbitkan senyum awak dari hati macam bunga rindukan matahari.
Tanpa saya peduli marahnya orang sebab sinar saya terlalu terang.
Cukup buat awak rasa bahagia itu.
Cukup sangat memadai.

Tapi,
Awak rasa tak?








Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 17, 2013

Butterflies.

Semacam ada rama rama dalam hati.
Membuak buak mahu keluar.

Manis rasanya.
:)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I'm happy :)

Thank you sahabat :)
Iloveyou!
Heee terima kasih untuk suprise tak tercapai akalku ini :)

Thank you! Amira dan Nabilah.
May Allah bless us. Amin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 14, 2013

Anjakan paradigma.

Selamat ulang tahun buat diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 12, 2013

Ohh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang didalam mimpiku.

Ohh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang dimana dirimu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 10, 2013

Rapuh.

Saat aku rembeskan semua larutan perasaan melalui rongga mata.
Dada sarat ini sedikit lega.
Namun,
Tiada apa yang berubah.
Dunia masih tetap kejam.
Cuma untuk seketika, hati berbaur liku permasalahan mengalir pergi dari tubuh aku yang rapuh ini.

Dan aku tahu, ia takkan pergi lama.

Rapuh.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Aku bukan buat apa kau suka.
Aku buat apa aku suka.
Taksuka. Takpayah.
Sila pergi berambus.

Kalau tempat aku nak buat macam kehendak kau, dah tak nama aku punya.
Macam datang rumah orang, merungut rumahnya tak kena hiasan, siap nak tukar tukar, jadi baiknya kau hias rumah sendiri.

Senangkan?

Pergi la jauh. Tak hendaknya aku kau kat sini.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 7, 2013

Aku cuma mahu curi masa kau bukan lama.

Paling lama hingga aku selesa rasa.
Paling kejap bila aku punya kerja.
Paling paling tidak bikin hati ini terdetak laju sudah cukup.

Dipikir aku jauh.
Kau layan aku suam suam air.
Tak nampak bayang dilupa wajah.
Nampak tak nampak.

Sedih bila tak dimahu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salah.

Harap nanti kamu buka mata seluasnya
Lapangkan jiwa seadanya
Tentang
Ini semua untuk apa.


Bukan salah kau tak nampak aku.
Bukan salah siapa.
Bukan salah kau tak layan aku.
Bukan salah siapa.
Bukan salah siapa.

Salah aku,
Mengharap kamu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 6, 2013

Mohon.

Ya Rabbi.

Aku mohon
Jika aku tidak dimaukan orang
Dibuang lupa mereka
Disiat hiris ngilu
Dibenci maki
Disampah sampahkan
Dimatikan bernyawa

Engkau redhailah aku
Engkau ingatkanlah aku
Engkau sayanglah aku
Engkau kuatkanlah aku
Engkau semaikan kasih dalam hati
Agar dengan setiapnya aku REDHA.

Dengan tidak dimaukan
Dibuang lupa
Disiat hiris ngilu
Dibenci maki
Disampah sampahkan
Dimatikan bernyawa
Redhakanlah aku.
Dengan setiapnya aku cuma perlu senyum
Tanpa rasa jahat merasuk

Ya Rabb.
aku cuma mahu
Menjadi kesayanganMU
Dunia dan Akhirat.
In shaa Allah.
Amin.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jerit.

Tolonglah tahu.
Hati ini
Diri ini
Butuh kamu untuk memujuk rayu
Bukan kerna mahu diaku benar

Tapi
Hati ini
Diri ini
Mahu terasa perlu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 5, 2013

Totally out.

Rasa nak berhentikan semua.
Nak pause dan tak nak rasa apa apa.
Semua. Taknak.

Kehilangan tempo pada lagu.
Jadi demikian liriknya tak ada makna.

Tak ada guna.
Tertekan.

Dibawah pengaruh emosi.
Dan mahu sendiri.

Tolong buat aku ketawa boleh?
Cukup untuk aku tunggu detik seterusnya.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 3, 2013

b

The saddest thing has come.
I can't take this.

Takboleh nak matikan sendu masa dengar mama bagitahu sarah aku balik harini.

Mama nangis.

Dan aku taknak sesiapa nampak basah dipipi. Langkah pertama adalah buat buat kemas baju. Langkah kedua masuk bilik.

Syahdu.

Tapi kita ni rapuh.
Bila sofea masuk, tengok.
Masa tu aku peluk dan nangis.
Lega untuk seketika.

Dan dia pun nangis.
Tolonglah sofea.

Tak sanggup.

Kuatlah wahai hati.
Menangislah dalam hati.
Aku rayu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 26, 2013

Hati terlalu letih untuk merasa apa apa.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Persoalannya.

Apa saja yang aku tulis disini adalah apa yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata kata.

Ya, agak klise.

Melalui penulisan,aku rasa ianya paling jujur.
Sejujurnya setiap rasa aku.
Yang pengakuannya terbit dari mulut tidak semestinya berkesan dengan apa yang disampaikan melalui hati.

Lain.

Kerana, dengan penulisan.
Aku cuma bicara sama aku.
Tak perlu sesiapa untuk bersama merasai apa rasanya hati.
Remuk redam suka sukinya.
Cukup aku.

Sebab itu aku lagi suka bicara bahasa puitis dari bicara manis.
Getarnya lain.
Manis.
Sudah cukup bikin hati kencang.
Ahh seperti taufan yang diporak perandakan.
Sampai ke tulang aku bisa sentuh emosi itu.
Ada masa juga, hujan singgah sekejap mengundang awan mendung.

Hebat bagi aku.

Melalui tulisan saja mampu meruntun jiwa. Sama ada sedih atau bahagia.
Rasanya bagus. Paling enak didunia.

Dilabel jiwang aku tidak peduli.
Buat apa kisahkan mereka yang tak berhati.
Mana mungkinkan kita semua sama.

Aku tulis dengan satu sisi paling jujur.
Yang tiada mereka pernah tahu.
Yang tak akan difahami telus.
kerna cuma dengan ini
aku jadi aku.
Dan aku mahu itu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia.

Dalam dunia ini,
Tiada apa yang kekal.
Kecuali cinta DIA.
Subhanallah.

Aku percaya,
Tiada apa akan terjadi tanpa izinNya.
Dan untuk segala yang telah dan akan berlaku.
Aku redha.

Semoga akan terus gagah dan kuat untuk hari esok.


Allah Maha Besar.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masa yang gelojoh.

Sakit betul terhantuk dinding.
Hanya disebabkan jasad yang gelojoh kononnya bahgia merebahkan atas katil yang empuk. Sangat senak dan bingai rasanya.

Semua tak jadi apa kalau kita gelojoh.
Gelojoh pada pemahaman bahasa melayu kelantan dulu bermaksud lorat atau ga'duh atau tebolah.

Jadi untuk bahasa yang ekstrem boleh kiranya digunakan untuk menggambarkan masa yang mengila meninggalkan kita. Amboi.

Hahaha.

Rasa macam baru semalam tengok tv sambil tunggu udey untuk hantar ke lapangan terbang. Cehh.
Macam baru semalam lihat bumi borneo. Cehh lagi. Haha. Ini semua poyo lah ana.
-_____-'

Sejujurnya.
Cepatnya masa berlalu.
Cepatnya minit pergi.
Cepatnya.
Cepatnya.
Cepatnya.
*hentak hentak kaki.

Tak mahu balik boleh tak?
Tak mau tak mau.
*persis anak manja sambil kelip kelipkan mata.

Eh! Macam bukan aku pulak.
Hehe.
Tu tipu.
Aku macam ni.

Akan mula duduk sesorang.
Mengenangkan nasib diperantauan kelak.
Ohh alangkah sedihnya hatiku.

Sesakit kepala yang dicium rakus si dinding pink.

Hmmmmphh.

Tak ada apa yang diharapkan.
Semoga semester baru ini diri ini lebih kuat mengharungi ranjau kehidupan dikota metropolitan. Haha.



Ya Allah, lindungilah aku serta keluargaku dari azab api nerakaMu.
Lindungi kami dari tipu daya manusia dan kecelakaan. Berkatilah dan rahmatilah kami. Limpahkanlah kurniaMu agar kami sekeluarga menjadi kesayanganMu dan bahgia dunia akhirat. Amin.
Amin Ya Rabb.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu kerugian.
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.

Moga2 kami dalam kalangan itu.
Amin.


Masa,
Untuk kali ini,
Perlahankan sedikit masamu,
Agar aku bisa merasa bahgia duniaku,
Biarpun puas untuk sekejap,
Akan cukup buatku ingat,
Cinta orang tuaku tiada gantinya,
Hingga akhir nafas dipenghujung maut,
Aku akan kuat dan gagah,
Sehingga rindu itu kembali bertamu.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 17, 2013

Kisah Mama dan Ular tipu tipu.

Hehe.
Dua minggu lepas, ayah belikan sofea ular getah. Hijau kaler dia.

Cerita dia bermula bila ayah dan si sofea ni pergi berdua ke kedai super save, lebih kurang hot market jugak.
Aku pulak jalan dengan mama tengok tengok baju.
Bila dah settle semua, kebetulan jumpa diorang dah.
Dari jauh dah nampak sofea sengih.
Pelik.
Sebab sepanjang dia membesar aku tahu dah peel dia ni.
Jadi aku tak syak lagi.
Sehinggalah ayah minta barang dia dalam beg mama sambil tang tu jugak masukkan ular getah ni.

*kaku jap.

Cuba teka apa reaksi mama.

Hmphh.

Mungkin time tengah mama cari, mama terasa kelembikan *eh. Haha. Ular getah ni lembik jadi kalau terpegang boleh buat terkencing jugak la.
Jadinya dekat situ jugaklah mama ni menjerit tahap kuat gila.
Hahahaha.

Opss.

Tergelak. Hee. Takut jugaklah tengok sebab mama ni tang semangat kadang tak boleh jangka. Hihi.

"Takut jugak nok letok,takut pesey" -ayah.

Hahaha. Dan saat itu bermulalah kisah mama tak habis habis sofea usik.

Errr. Aku juga. Dan ayah tak ketinggalan.

Tapi time malam tu mama dah putuskan ular tu sampai si sofea nangis nangis. Tak rasa sebab dia sayang ular tu, tapi sebab dia ah tak boleh nak usik mama.

Budak kecik tu kelakar sebenarnya.

Jadi semalam, atas sebab best. Ayah dengan semangat belikan lagi ular getah ni.
Siap beli untuk aku satu, sofea satu.
Kaler kuning dan kaler coklat yang sebijik sama ular betul.

Sebelum tu aku siap pesan. "Kakak nok satu ula yah"

Dari jauh nampak ayah siap mencangkung pilih haa.
*haihh semangat betul.

Paling kelakar.
Balik rumah,sofea letak dalam buku mama suruh mama baca.
Kalau tengok muka sofea ni, rasa nak bagi kaki je.

Tahap menyakat level orang tua. Aku pun tak terfikir nak buat camtu.

Hehe.

Jadi sebenarnya kat sini.

Buatlah apa jua, selagi bersama keluarga anda akan sentiasa bahgia dan gembira :)

Untuk iqin dan sarah.
Biar jauh, korang tetap ada.
Disini.
Hati.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Manisan 2012.

Penulis kesayangan.
Wani Ardy.
Boco 7, Gravy Baby Laman Seri

Woohoo!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dunia.

Aku cuma hidup untuk mereka.
Kerna mereka, aku dapat hidup.
Dengan IzinNya.

Terima Kasih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Untuk waktu ini.
Yang tenang cuma... Angin.

Terbanglah kemana.
Bawalah pergi.
Kuserahkan jasad tubuh.
Kerna aku cuma mahu hati.


Antara lanun dan pemberat.
Aku pilih keduanya.
Pertama; Lanun- ibarat Kapten Hook yang tak pernah berputus asa dengan apa jua.
Kedua; Pemberat- penahan kapal dari pergi. agar selamanya dalam hati kamu.

Dang! Jiwang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 16, 2013

Bosey.

Bosey weh.
Takdok ore cari kito.
Hmmmmmmph.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 15, 2013

hilang.

kadang kadang dunia maya ni banyak sangat pengaruh buruknya.
banyak sangat.
sekecik kecik perkara boleh heret kita ke dosa.

hmphhhhhhh.

lumrah manusia ni nak tahu semua hal orang.
tak cakap orang.
aku pun.
hal retis ke,senior ke.
semua nak tahu.
tapi bergantung keenakan cerita jugak.

jadi untuk elak benda tuh semua.
eloklah kita menghilang buat seketika.

nak cari.
cari kat sini. hee.


Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday Bestfriend!



Happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to the best ever friend the world!
Nur Aisyah Tahirah
happy birthday to you :)

yeay!
tua dah awak! :)
please imagine saya nyanyi ;p
hahaha


hmpphhh. 

Selepas dua belas tahun, saya masih ingat pertama kali kita bertemu (aaaaa selebet molek time tuhh), apa yang telah kita lalui dan makna kehadiran awak pada saya.
dua belas tahun bukanlah masa yang cukup untuk saya mengenali awak sedalam dalamnya.
tapi saya cuma mahu awak tahu betapa bermaknanya kehadiran awak pada saya yang ketika itu cuma berusia 12 tahun :)
dari situ, saya kenal apa itu persahabatan.
betapa seronoknya saya ketika itu. 
*awak dan ramizah orang pertama dibelakang saya yang sangat saya percaya.
saya, awak dan ramizah. 
saya rindu.
takdir tidak menyebelahi kita bila kita tidak lagi bersama untuk hari hari seterusnya selepas
Sekolah Ismail Petra 2.
dari jasa baik Amirah Hassa bagi saya tempat duduk disebelah awak pada hari pertama saya disekolah itu membuka satu buku baru pada saya tentang persahabatn.
mungkin ia tidak bermakna apa apa bagi sesiapa, tapi bagi saya, awak dan Ramizah sahabat dunia akhirat saya.
walaupun kita terpisah jauh, jarang berkomunikasi dan mungkin bukan lagi orang pertama yang saya berkongsi cerita, percayalah
saya rindu. rindu kita yang dulu.
ingat saya selalu lepak rumah awak walaupun kita tak buat apa apa. bercerita tentang siapa siapa, kita tetap dengar. banyk yang kita lalui kan?

buat sahabat kesayanganku,
Aisyah dan Ramizah.
terima kasih kerna ada untuk saya.
terima kasih sebab tak jemu bercakap, dan sms tak penting saya.
terima kasih sudi memimpin jalan saya ke satu perasaan luar biasa.
terima kasih untuk persahabatan berharga ini.
terima kasih.

maafkan saya awak, andai saya pernah tak ada untuk awak.
maafkan saya jika tidak mampu memjadi sahabat sempurna.
maafkan saya atas kurangnya makna persahabatan yang saya tunjukkan.

selamat 23 tahun buat sahabat kesayangan. 
semoga lebih dari 12 tahun usia persahabatan kita.

semoga selamat dunia akhirat.

Selamat Hari Lahir Nur  Aisyah Tahirah Ismail.
i love you always!







* eh tetiba teringat soalan pertama awak tanya masa mula mula saya duduk sebelah.
"awak minat artis mana eh? Qface? Abby? Erra or yusry?"

hahahahahahahahaha.

dan saya tetap ingat mizah minat dooh ko erra nga yusry.
haha.
lebiu !


Wednesday, February 13, 2013

masih sakit.

kalau aku punya kuasa,
mahu saja aku hilangkan segala parut sendu sisa sisa lama.

kenapa kau bisa bahgia bila begini aku kau perlakukan?
bukan makna aku tidak bahgia
tapi aku rasa ia tidak adil.
terlalu senang bagi kau setelah pelbagai jenis luka kau torehkan.

aku cuba untuk teruskan ingatkan di otak dan jauh ke hati
bahawa kau telah aku maafkan.
tapi itu hanya sia sia.

aku masih benci
teramat.

untuk segala rasa yang kau berikan.
segala ngilu ngilu yang aku rasa.
kau tak layak untuk bahagia.

aku bukan Tuhan.
bukan juga Nabi.
yang boleh maafkan kau begitu saja.

tolonglah percaya.
aku masih berharap.
agar kau rasa apa yang aku rasa.
betapa sakit.
hancur
punah
dan ranap

perkara paling celaka.
adalah kau.

aku tetap menanti untuk ucap padan muka.
dan berharap ada manusia lain perlaku kau begitu.





Monday, February 11, 2013

Angin rindu Borneo.

Kalau dikira rindu. Ia takkan pernah terpujuk dengan apa jua yg ada didunia. Mahu saja aku teriak dan luahkan apa dalam dada. Tapi sayang, itu hanya berfungsi seketika. Lima saat kemudian hati kembali sebu. Cuma bila aku tatap langit, mengira rupa bentuk awan, itu paling aman. Kerna aku tahu, kamu juga lihat itu.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 25, 2013

seharusnya.

seharusnya masa yang ada kita nikmatinya dengan gembira bukan?
bukan dengan ego yang tingginya mengunung.





satu kisah.

kali ini kisahnya satu.


pernah rasa tidak di ingini?
tidak dipeduli?
rasa dia sebak sebak suam.
nak nangis macam tak logik.
nak ketawa macam gila.
jadi apa yang sepatutnya ya?

buat buat lupa senang.
tapi rasa ada benda tak lengkap.
tak nak peduli juga sboleh buat.
tapi hati ni tak nak.

macam mana ya?
bila orang dah tak mahu kita mahu peduli tapi dia tak mahu?

hmmmmmmmmmph.

salah aku. aku tahu.
aku juga marah.tapi tidak sampai begini.

mana ego saya ya?
saya mahu cari letak di hati, lekat di minda.
agar bisa laku yang sama.


percuma.
kau tak peduli.
dan ku juga sakit hati.


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmph.






Thursday, January 24, 2013

bagian hidup.

aku  tak tahu harus macam mana.
harus laku apa.
resah.
gelisah.bila hati bicara,
macam macam timbul dibenak kepala/
apa boleh dipercaya?


hati dkuasi sikap egois yang menggila dan sebeban rindu yang tak tertanggung.

heiii!
aku mahu kasi tahu.
kali ini aku pergi.
jangan cari,



Wednesday, January 23, 2013

what should i do?

what should i do to make you happy?
am i trouble you so much?
i'm sorry 
really really sorry
i know but i still don't know?
what happen to me?
what should i do??

dear, Heart........

Tuesday, January 22, 2013

Satu untuk kamu.

AK 5246 MIRI-MYY

Berdirinya aku disini.
Dalam kalangan manusia.
Kosong.
Aku lihat.
Dengar.
Tetap kosong.
Aku diam.
Emm.
Lantas aku berjalan ke ruang pesawat.
Membimbit bagasi seberat jiwa sendiri.
Jalan dan terus duduk.
Menerobos pegun di ruang kepala.
Bersandar keras ke penahan kiri kanan dan belakang.
Masa aku tidak cukup.
Untuk selamanya tetap tidak pernah cukup.
Mengeluh aku sebentar.
Pada diri yang tak memahami.
Pada dia yang telah aku rindu.
Hidup ini sukar bukan?
Cinta juga.
Begitu pada aku tidak begini pada dia.
Masa aku tidak cukup.
Untuk aku lontar semua.
Lantas aku pilih untuk diam.
Biar hati bicara.
Dengan sedikit rasa merajuk itu.
Sudah dapat dihilangkan dengan berjutaan rasa kasih pada dia.
Maafkan aku sayang.
Aku cuma mahu kamu tahu.
Apa saja akan aku lakukan pada kamu.
Biarpun aku mungkin tidak dapat memahami kamu, tapi percayalah aku terlalu cinta.
Ingin sekali aku kutip awan buat hilang amarahmu.
Seterusnya mengembirakan hari harimu
Namun aku hanya mampu mencuba sebolehnya tapi aku tetap juga tidak mampu.
Kamu faham sayang?
Diruang pesawat ini
Terlewatkan untuk aku katakan itu?

Sayang, aku rindu.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 16, 2013

Tak.

Kau tak boleh ada semua.
Ingat ana.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berjiwa kanak kanak yg selalu muda.
Walaupun umur lingkungan remaja tua.
Hidup ni mcm playground. Banyak mainan best,
Tapi kalau terlalu asyik, boleh melecet jatuh gelongsor.
Bikin parut yang sampai giginya tinggal satu pun tetap ingat sampai bila bila.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 10, 2013

Tahu tak?

Tahu tak?
Sekarang rasa nak nangis.
Sedih.


Emm.
Pertamanya sebab lapar.
Keduanya sebab lapar.
Hahahahha.
Lapar ahhh!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pisauuu.

Kadang kadang, kata kata tu macam pisau. Tajam,kena cucuk sakit. Paling senang, diamkan aje tanpa jawapan dari jawab yang berselirat maksud.

Sedih pulak hati kita ni.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 8, 2013

Aku kau dan bebal.

Untuk lepaskan yang bebal tu yang susah.
Pusing pusing kau tetap dengan bebal.
Bebal sana.
Bebal sini.
Nanti nanti kau jugak tetap sakit hati.
Bebal.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 1, 2013

Masa lalu.

Untuk awak yang
Menjahanam
Meranap
Menghancur
Memusnah

Membunuh.

Terima kasih!
Segala Celaka yang saya rasa
Dan
Segala Punah yang awak beri

Jadikan apa saya hari ini.

Tiada Maaf.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.